SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


21 Mac 2013

SKMM Cari "Pembubar Parlimen" Palsu #PRU13

Muat turun Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di SINI

Mengikut Seksyen 233 kurungan 1 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sabit kesalahan boleh didenda RM 50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.


Semalam, tanggal 20 Mac 2013, Malaysia khususnya di dunia maya gempar dengan pengumuman Parlimen telah dibubarkan. Hebahan tersebut bermula daripada sebuah sms yang disebarkan sekitar jam 12 tengahari semalam.

Berikut adalah sms yang diterima.


Berikut adalah tanskrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini.
 “ Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran Parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.” 

“ Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan Parlimen berkuatkuasa  hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dijalankan.”

 “Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran Parlimen.” 

“Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubarkan Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.” 

“Suruhanjaya Pilihan Raya sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.” 

“Semboyan dah dibunyikan. Ayuh jentera-jentera BN Kita pastikan kemenangan BN di PRU13.. Siap Siafa.. Kini Sudah Tiba Masanya…”


Kekecohan ini telah terjawab dengan pengumuman yang dibuat daripada Jabatan Perdana Menteri yang menafikan pembubaran tersebut.




"Jika didapati terdapat pihak melanggar undang-undang, mereka yang terbabit akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada". - Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM


p/s: Berita Parlimen bubar bukanlah permainan meskipun ada yang mungkin menyifatkannya sebagai wake-up call.

20 Mac 2013

Gerakan Mahasewel #GM13 Terdesak Cari Undi



GM13 kini dalam siri jelajah mereka menjelajah ke beberapa buah IPTA tanah air semata-mata untuk agenda PRU13 mereka. Bersunggguh-sungguh mereka bekerja bagi memastikan undi anak muda khususnya mahasiswa adalah untuk mereka. Apatah lagi apabila mereka mereka bercita-cita besar untuk bertanding di kerusi-kerusi panas parlimen termasuklah kerusi parlimen Pekan.

Gerak kerja mereka agak kotor. Buktinya, di mana-mana ada mereka pasti ada kekecohan. Baru-baru ini sebagaimana kekecohan di UiTM dan Pekan. Meskipun tidak terima dan ditolak khususnya oleh rakan-rakan mahasiswa, mereka tetap ingin meneruskan agenda politik mereka. Buktinya? Lihatlah...






Kekecohan di UiTM angkara GM13 ini juga jelas propaganda mereka memilih UiTM sebagai salah satu destinasi jelajah. GM13 terdesak sehingga terpaksa mengaitkan Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia menyokong mereka.

Penafian oleh GAMUS


Sesi jelajah mereka di UPM juga tidak mendapat sambutan. Lihatlah, ini namanya pidato syok sendiri.



Apa mungkin mereka ini tidak tahu adab bertandang ke rumah? Apatah lagi sebagai tetamu yang tidak diundang. Tidak mustahil sama sekali. Kita kenal mereka bagaimana. Ingatkah lagi kalian pada mereka?



Syis Abdul Kadir, Pengerusi GM13 ini sendiri juga dilaporkan tidak turun bersama dalam siri jelajah. Dah nama pengerusi, takkan serah bulat-bulat kat anak buah? Tak nak turun padang?

Dalam kalangan mereka sendiri, ketaksuban politik menyebabkan status mahasiswa mereka juga tergantung. Jika semasa menjadi pelajar, pelajaran yang sepatutnya menjadi keutamaan sendiri diabaikan, tak mustahil perkara yang sama berlaku apabila mereka menjadi pemimpin.



@NajibRazak Bentang Laporan Program #Transformasi #JanjiDitepati


Sebelum melihat ringkasan pembentangan Laporan Program Transformasi, tahukah rakan-rakan mengenai Government Transformation Programme (GTP) dan Economic Transformation Programme (ETP)? 

Sebagai rakyat Malaysia khususnya golongan mahasiswa intelektual, menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil tahu dan peduli akan dasar-dasar Kerajaan agar kita dapat bersama-sama menjayakan aspirasi Kerajaan. Untuk pembacaan umum, rakan-rakan bolehlah rujuk di SINI & SINI

Muat turun laporan penuh,  DI SINI


KUALA LUMPUR 19 Mac - Berikut intipati daripada Laporan Program Transformasi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Angkasapuri, di sini malam ini.



1. Jumlah Pendapatan Negara Kasar (PNK) perkapita negara telah meningkat kepada AS$9,970 iaitu peningkatan sebanyak 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad.

2. Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara menunjukkan peningkatan kepada RM5,000 tahun lalu berbanding hanya RM4,025 pada 2009.

3. Kadar kemiskinan negara menurun daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada hanya 1.7 peratus tahun lalu.

4. Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada kadar 1.2 peratus setakat Januari 2013.

5. Sebanyak RM2.34 bilion telah diperuntukkan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

6. Lebih RM524 juta diperuntukkan untuk bantuan persekolahan.

7. Sebanyak RM97.5 juta diperuntukkan untuk Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

8. Sebanyak RM22.3 bilion disediakan untuk subsidi, RM873.5 juta untuk insentif manakala RM14.6 bilion lagi untuk bantuan.

9. Program 1Azam telah berjaya membantu seramai 106,967 rakyat berpendapatan rendah.

10. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Syarikat Perumahan Negara Berhad telah menawarkan lebih 100,000 unit kediaman mampu milik.

11. Lebih 3,300 kilometer jalan raya telah dibina di kawasan luar bandar.

12. Lebih 1.4 juta isi rumah di kawasan luar bandar telah mendapat bekalan air bersih.

13. Lebih 470,000 isi rumah di kawasan luar bandar kini telah mendapat akses elektrik.

14. Sebanyak 53,000 unit rumah penduduk miskin luar bandar telah dibina dan dibaik pulih.

15. Mengeluarkan 164 buah sekolah berprestasi rendah kepada jaluran yang lebih baik.

16. Sektor pelancongan telah berjaya menyumbang RM100 bilion PNK dengan kehadiran 50 juta pelancong ke negara ini.

17. Greater KL telah menawarkan projek MRT yang berjumlah RM19.8 bilion.

18. Kandungan dan infrastruktur komunikasi telah berjaya mengeksport hasil kreatif berjumlah RM547 juta.

19. Program TUKAR telah beri manfaat kepada 1,087 pemilik kedai runcit.

20. Sumbangan PNK negara pada 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan mewujudkan 408,443 peluang pekerjaan.

21. Malaysia negara ketiga terbaik dalam senarai destinasi perkhidmatan luar.

22. Kuala Lumpur adalah destinasi membeli-belah keempat terbaik dunia selepas New York, Tokyo dan London.

23. Sejak ETP & GTP diperkenalkan, negara telah mengecapi pelbagai kejayaan berdasarkan pengumuman program transformasi sebentar tadi.

24. BR1M akan diteruskan dan dijadikan inisiatif tahunan.

Sumber: UTUSAN


p/s: Janji PM Janji Ditepati... Terima kasih PM. Terima kasih Malaysia.

18 Mac 2013

Pengganas Lancar Serangan Gerila di #LahadDatu






Kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Perang Gerila? Bermaksud operasi dengan kumpulan pejuang yang kecil, mudah bergerak dan mudah berubah-ubah yang dikenali sebagai sel, tanpa barisan hadapan rasmi.

Nampaknya, pengganas-pengganas ini masih belum mahu menyerah kalah. Dalam tempoh yang sudah hampir lama Ops Daulat ini berlangsung, sedikit persoalan muncul apabila gencatan senjata yang diumumkan sebelum ini telah ditarik balik. Mungkinkah puak-puak pengganas ini telah mendapat bantuan persenjataan baru. Jika benar, daripada manakah mereka mendapat bantuan tersebut? Bukankah Sultan Kiram itu kos perubatan beliau sendiri ditaja?

Suruhanjaya Siasatan Khas perlulah segera menyiasat insiden pencerobohan Lahad Datu ini. Siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi menyiasat pendedahan penglibatan pembangkang sebagai dalang pencerobohan ini. Jika ianya benar, tiada tempat untuk mereka di Malaysia.


Sudah ramai perajurit kita terkorban, menggadai nyawa semata-mata untuk mempertahankan kedaulatan negara. AlFatihah.

Insiden #LahadDatu Iktibar Modus Sejarah Timur Leste


Pasti akan ada yang pelik dan tertanya kaitan insiden Lahad Datu dan Timor Leste (Timor Timur). Adakah ada perkaitan? Sedikit perkongsian untuk kita fikirkan bersama.


Fakta Sejarah Timor Leste

 1. Timor Timur atau kini dikenali sebagai Democratic Republic of Timur Leste dahulunya merupakan sebahagian daripada Indonesia (1976-1999) mendapat kemerdekaan setelah wujudnya forum Asia Pacific Conference for East Timor 2 (APCET II) yang telah diadakan pada 9 November 1996 di Hotel Asia Kuala Lumpur. APCET II merupakan rentetan daripada sidang APCET I yang telah diadakan di Manila pada  Mei 1994.

2.  Tujuan APCET diadakan adalah untuk membincangkan pembebasan Timor Timur daripada Indonesia dengan penglibatan campur tangan antarabangsa. Antara pimpinan yang turut menjadi penggerak dalam APCET II ialah Tian Chua dan R. Sivarasa, daripada SUARAM.

3.   Saifuddin Nasution pada ketika itu merupakan Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menubuhkan Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) dan bertindak mengganggu perjalanan APCET II.

4.   Insiden penuntutan Timor Timur ini telah diketuai oleh Xanana Gusmao. Kesilapan tindakan Suharto yang merupakan Presiden Indonesia pada ketika itu adalah dengan terus menurunkan angkatan tentera bagi menangani insiden di Timor Timur. Oleh kerana itu, kuasa asing boleh untuk campur tangan dalam insiden itu.

5.   Setelah Presiden Gus Dur naik menjadi Preisden Indonesia menggantikan Presiden Suharto pada 1999, beliau mengumumkan pembebasan Timor Timur daripada Indonesia.

6.   Kini, Timor Leste telah berkembang menjadi pusat penyebaran Kristian yang pesat dan penting di rantau ini.


Jika dilihat daripada landskap semasa insiden di Lahad Datu, situasi yang hampir sama sedang berlaku.
 1.  Pendedahan Tian Chua dan R. Sivarasa ke Filipina pada 7 Februari 2013, beberapa hari sebelum insiden pencerobohan berlaku telah dinafikan tiada kaitan dengan insiden di Lahad Datu.
 2. Pendedahan perjumpaan sulit Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari sebelum insiden pencerobohan berlaku.



3.    Pendedahan perjumpaan Dr Jeffey Kitingan, ketua pemimpin pembangkang di Sabah dengan kepimpinan Kesultanan Sulu, Sultan Muidzullail T. Kiram.

4.    Pertikaian mengapa pihak polis yang dihantar terlebih dahulu bagi menangani penceroboh dan bukannya pihak tentera. (Kebijaksanaan Kerajaan pimpinan DS Najib berbanding kesilapan Presiden Suharto).

5.  Tuduhan pihak pembangkang bahawa insiden Lahad Datu sebagai sebuah sandiwara dan konspirasi yang akhirnya telah menyebabkan Tian Chua disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan.

6.  Persoalan lagu Tanya Sama Pokok yang dinyanyikan oleh Anwar Ibrahim dalam ceramah-ceramah politik beliau semenjak daripada tahun lepas lagi.

7.  Jika kelak Anwar menjadi PM, adalah tidak mustahil Anwar menyerahkan Sabah kepada pengganas sebagai hadiah kerana telah mewujudkan keadaan tidak aman dan menganggu gugat kedaulatan negara semata-mata untuk agenda politik mereka.

 Tanya sama Anwar, Apa sebab goyang?
Nanti jawab Anwar, undi nak hilang…

Sangat tidak bertamadun, apabila seorang pemimpin sanggup menggadaikan negara kerana ketaksuban akan kuasa politik semata-mata. Adakah benar ini seorang pemimpin?
Ayuh, sama-sama difikirkan dan diambil pengajaran.


Boleh rujuk fakta semasa insiden Lahad Datu di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?