Kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Perang Gerila? Bermaksud operasi dengan kumpulan pejuang yang kecil, mudah bergerak dan mudah berubah-ubah yang dikenali sebagai sel, tanpa barisan hadapan rasmi.
Nampaknya, pengganas-pengganas ini masih belum mahu menyerah kalah. Dalam tempoh yang sudah hampir lama Ops Daulat ini berlangsung, sedikit persoalan muncul apabila gencatan senjata yang diumumkan sebelum ini telah ditarik balik. Mungkinkah puak-puak pengganas ini telah mendapat bantuan persenjataan baru. Jika benar, daripada manakah mereka mendapat bantuan tersebut? Bukankah Sultan Kiram itu kos perubatan beliau sendiri ditaja?
Suruhanjaya Siasatan Khas perlulah segera menyiasat insiden pencerobohan Lahad Datu ini. Siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi menyiasat pendedahan penglibatan pembangkang sebagai dalang pencerobohan ini. Jika ianya benar, tiada tempat untuk mereka di Malaysia.
Sudah ramai perajurit kita terkorban, menggadai nyawa semata-mata untuk mempertahankan kedaulatan negara. AlFatihah.
Pasti akan ada yang pelik dan tertanya
kaitan insiden Lahad Datu dan Timor Leste (Timor Timur). Adakah ada perkaitan?
Sedikit perkongsian untuk kita fikirkan bersama.
Fakta Sejarah Timor Leste
1.Timor
Timur atau kini dikenali sebagai Democratic Republic of Timur Leste dahulunya
merupakan sebahagian daripada Indonesia (1976-1999) mendapat kemerdekaan
setelah wujudnya forum Asia Pacific Conference for East Timor 2 (APCET II) yang
telah diadakan pada 9 November 1996 di Hotel Asia Kuala Lumpur. APCET II
merupakan rentetan daripada sidang APCET I yang telah diadakan di Manila pada Mei 1994.
2.Tujuan
APCET diadakan adalah untuk membincangkan pembebasan Timor Timur daripada
Indonesia dengan penglibatan campur tangan antarabangsa. Antara pimpinan yang
turut menjadi penggerak dalam APCET II ialah Tian Chua dan R. Sivarasa,
daripada SUARAM.
3.Saifuddin
Nasution pada ketika itu merupakan Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO
Malaysia telah menubuhkan Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) dan bertindak
mengganggu perjalanan APCET II.
4.Insiden
penuntutan Timor Timur ini telah diketuai oleh Xanana Gusmao. Kesilapan
tindakan Suharto yang merupakan Presiden Indonesia pada ketika itu adalah
dengan terus menurunkan angkatan tentera bagi menangani insiden di Timor Timur.
Oleh kerana itu, kuasa asing boleh untuk campur tangan dalam insiden itu.
5.Setelah
Presiden Gus Dur naik menjadi Preisden Indonesia menggantikan Presiden Suharto
pada 1999, beliau mengumumkan pembebasan Timor Timur daripada Indonesia.
6.Kini,
Timor Leste telah berkembang menjadi pusat penyebaran Kristian yang pesat dan
penting di rantau ini.
Jika dilihat daripada landskap semasa
insiden di Lahad Datu, situasi yang hampir sama sedang berlaku.
1.Pendedahan
Tian Chua dan R. Sivarasa ke Filipina pada 7 Februari 2013, beberapa hari
sebelum insiden pencerobohan berlaku telah dinafikan tiada kaitan dengan
insiden di Lahad Datu.
2.Pendedahan
perjumpaan sulit Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari sebelum insiden pencerobohan
berlaku.
3.Pendedahan
perjumpaan Dr Jeffey Kitingan, ketua pemimpin pembangkang di Sabah dengan
kepimpinan Kesultanan Sulu, Sultan Muidzullail T. Kiram.
4.Pertikaian
mengapa pihak polis yang dihantar terlebih dahulu bagi menangani penceroboh dan
bukannya pihak tentera. (Kebijaksanaan Kerajaan pimpinan DS Najib berbanding
kesilapan Presiden Suharto).
5.Tuduhan
pihak pembangkang bahawa insiden Lahad Datu sebagai sebuah sandiwara dan
konspirasi yang akhirnya telah menyebabkan Tian Chua disabitkan kesalahan di
bawah Akta Hasutan.
6.Persoalan
lagu Tanya Sama Pokok yang dinyanyikan oleh Anwar Ibrahim dalam ceramah-ceramah
politik beliau semenjak daripada tahun lepas lagi.
7.Jika
kelak Anwar menjadi PM, adalah tidak mustahil Anwar menyerahkan Sabah kepada pengganas
sebagai hadiah kerana telah mewujudkan keadaan tidak aman dan menganggu gugat
kedaulatan negara semata-mata untuk agenda politik mereka.
Tanya sama Anwar,
Apa sebab goyang?
Nanti jawab Anwar,
undi nak hilang…
Sangat tidak bertamadun, apabila
seorang pemimpin sanggup menggadaikan negara kerana ketaksuban akan kuasa
politik semata-mata. Adakah benar ini seorang pemimpin?
Ayuh, sama-sama difikirkan dan diambil pengajaran.
Boleh rujuk fakta semasa insiden Lahad Datu di SINI
Baru-baru ini, kita sedia maklum
bahawa seorang pemimpin pembangkang, Tian Chua telah dikenakan tindakan di
bawah atas Akta Hasutan atas tindakan beliau mengenai insiden Lahad Datu
sebagai sandiwara dan konspirasi.
Setelah apa yang kita lihat di depan
mata hari ini, adakah pewira-pewira tanah air yang terkorban itu sekadar
berlakon? Bagaimana mereka sanggup menyifatkan ini sebagai sandiwara sedangkan
untuk mereka berada bersama berjuang mempertahankan negara itu sendiri mereka
tidak berani, sebaliknya terus memperlekehkan?
Ayuh, MU kongsikan bersama antara 12
perkongsian semasa daripada pelbagai media termasuk antarabangsa yang perlu
kita ambil maklum.
Pertemuan Anwar Ibrahim - Nur Misuari
1. Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu
pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang
Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan
dipanggil sebelum Jun.
Pegawai perisikan Filipina
berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan
Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.
Rupa-rupanya, ahli politik ini
adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau
didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke
atas negeri Sabah.
2. Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan
pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai
kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro
National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur
Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.
3. Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan
yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing.
Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah
kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.
Maka, jika merujuk kepada
kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat
mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan
Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan pembangkang.
4. Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik
kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu
berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.
5. Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa,
pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk
memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
6. Satu komunikasi dari Kedutaan
Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei
2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi
tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur
Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk
membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.
Wikileaks mendedahkan hubungan Nur
Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya
kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh
harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki
secara ketenteraan.
7. Tindakan Anwar menyanyikan
lagi “Tanya Sama Pokok" yang diubahsuai
liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu
mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut
dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut Sabah
bakal hilang.
Jelas Anwar, apabila Sabah
hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.
“Tanya sama Najib apa
sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," dendang Anwar
berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil
mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.
Dalam ceramah pada 29 Januari
lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14
Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah,
diceroboh kumpulan pengganas Sulu.
8. Aquino sendiri hairan
bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk
menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat
rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa
ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.
Jika berkaitan
kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot
besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot
digunakan dalam kejadian itu.
Jadi, di mana dia
mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan," kata Aquino
dipetik daripada Malaya-Business Insight.
9.SAYA hanyalah seorang
sultan yang paling miskin di dunia," kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di
kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya
duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, kerajaan
Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam
komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.
10. DUA pemimpin kanan pakatan
pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di
Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit
dikatakan mempunyai rekod buruk
pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu
pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor
Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia.
Mereka berusaha membebaskan
wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia
pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific
Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.
11. TINDAKAN Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap
dalam masa terdekat yang dilaporkan Free
Malaysia Today, juga dikatakan skrip lama
pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam
pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.
Dulu, Anwar menyatakan dia akan
dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki...satu sandiwara filem Tamil yang
cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip
masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik
dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit.
Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.
Kemudian, dia dibawa ke Jerman
untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia pulih serta-merta.
12. Menurut sumber yang boleh
dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai
telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan
serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi
penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya
berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.
9
Februari, MU berkesempatan menyertai perhimpunan #savekedah. Semuanya Merah. Bukan
perhimpunan UMNO ya tetapi merah bagi MU melambangkan tahap bahaya situasi di
kawasan Pedu yang dihimpit dengan masalah pencabulan alam yang serius. Bukan
apa perhimpunan ini sebenarnya rali untuk selamatkan bumi Kedah. Kalau tidak ke
PEDU di Daerah Padang Terap, Kedah, MU sendiri tidak akan percaya dengan
pendedahan media arus perdana mengenai apa yang berlaku di sana.
Bak kata
orang Kedah, Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga. Tasik Pedu ini, MU difahamkan tempat salah satu tempat tadahan air di negeri kedah. Dahulunya orang menceritakan cantik. Sepanjang
perjalanan ke tempat rali, sesuatu yang amat terkejut, bukit ditarah dan
digondolkan. Kini yang tinggal hanya tanah lapang dengan sisa baki balak.
Seorang
anak jati Kedah berkongsi dengan MU, apa yang kelihatan hanyalah sebahagian
kecil dari pemerkosaan pihak yang tak bertanggungjawab terhadap hutan simpan
ini. Gambar yang diambil dari helikopter menunjukkan segmen yang lebih serius
ditarah dan digondol. MU sebagai mahasiswa tahu ini semua kuasa kerajaan negeri kerana tanah termasuk dalam senarai negeri (pernah belajar Perlembagaan dahulu) jadi, nak tanya adakah tindakan menggondol
ini juga sesuatu yang direstui oleh kerajaan negeri.
Bagi
MU isu ini isu sejagat. Bukan satu isu permainan politik murahan tetapi satu
kemanusiaan yang besar lagi penting. Ketika dunia sibuk dengan perjuangan
teknologi hijau dan sebagainya, adakah kerajaan negeri kehadapan dalam isu ini?
Bagi MU kerajaan negeri menerbang pokok atas nama pembangunan sesuatu yang
tidak boleh diterima akal dan wajar ditentang.
Macam
biasa, satu persoalan yang MU perlukan penilaian pembaca, dimanakah, aktivis
Pro M? Sepatutnya isu ini harus diambil berat oleh mereka. Jangan ditanyalah
kumpulan Hijau, yang sibuk bergoncang dunia jaja mengenai Lynas. Bisu dan tuli
dalam isu pembalakan di negeri Kedah. Sebab apa? Sebab di Pahang kerajaannya
ialah Barisan Nasional dan disini kerajaan yang memerintah ialah Pakatan
Rakyat. Tidak setuju? Terpulang. MU perlukan mahasiswa dan ahli masyarakat yang
rasional. Yang salah katakan salah yang betul katakan betul.
Sifat
pilih kasih (bukan program TV) inilah yang menjadi modus operandi pihak
pembangkang yang nampak macam jelek di mata dunia. Buat kali ini MU bersetuju
dengan aktivis alam sekitar yang digerakkan oleh Barisan Nasional yang
bersungguh-sungguh mempertahankan isu alam sekitar. Sudah tiba masanya rakyat
di negeri Kedah membuka mata. (Negeri lain, maaf bukan subjeknya disini)
Jom kita
pakat-pakat #savekedah. Selamatkan bumi Kedah. Di Rali ini, MU sempat berjumpa
dan mendengar ucapan YB Dato’ Paduka Mukhriz Tun Mahathir yang meluangkan masa
bersama anak muda. Turut kelihatan ADUN PEDU; YB Dato Seri Mahawangsa Mahadzir
Khalid, ADUN BELANTIK; Dato Muhammad Tajudin Abdullah ,dan ADUN DERGA; YB Dr Cheah Soon Hai.
Tidak
setuju dengan Rali ini terpulang. Lawatlah sendiri Tasik Pedu. MU pasti
jawapannya ialah ‘baru sedikit ditarahnya bukanlah serius manapun’. Persoalan MU
nak tunggu sampai bila?
MU
tertarik dengan pendedahan blog dan blog ini mengenai ‘ikon’ baru mahasiswa Utara
Malaysia, Bawani KS. Khabarnya beliau dijemput dalam Majlis Memperingati 60
Tahun Mat Indera mati Di Gantung. Iya Mat Indera individu yang pernah di label
Timbalan Presiden PAS sebagai perwira dalam tragedi Bukit Kepong.
MU
juga tertarik apabila pendedahan yang dilakukan mengenai saudari Bawani KS ni,
dia seorang pelajar undang-undang. Sesuatu yang unik apabila pelajar undang-undang
seakan-akan melupakan sejarah. Mungkin kehadiran bawani tak lah berniat nak
menyokong keperwiraan mat Indra, cuba sebagai warga bertanggung jawab nak
mempersoalkan rasional majlis itu diadakan?
Mat
Indra atau nama sebenarnya Muhammad Indera dalam cacatan sejarahnya, mengetuai
segerombolan 180 komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Tragedi Bukit
Kepong menyebabkan seramai 25 orang termasuk wanita dan kanak-kanak. Tragedi ini
bukanlah sesuatu yang asing bagi MU. Sedangkan seorang pelajar sekolah rendah
juga MU rasa pernah menonton filem Bukit Kepong. Itu lah sejarah. Jadi apabila
seorang pelajar undang-undang dari Universiti Utara Malaysia boleh menghadiri
majlis memperingati Mat Indera sebagai seorang pejuang? Baca lanjut di sini.
Mengenai
Komunis, MU pasti ramai mengetahui bukanlah satu fahaman yang boleh diterima
akal. Menolak kewujudanTuhan yang sudah pasti bertentangan dengan prinsip Rukun
Negara, kepercayaan pada Tuhan. Seorang yang Islam percaya pada kewujudan Allah
sebagai Tuhan yang wajib disembah. Justeru, sejarah tetap sejarah. Nyawa
perwira yang gugur syahid di Bukit Kepong seharusnya dikenang dan bukan dibalas
dengan menukar sejarah.