SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


22 November 2012

#save4gaza: UUM Flash Mob Free Palestine 2012



 Salam Perubahan, Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia.

Agenda keamanan dan kemanusiaan global menjadi tumpuan mata dunia. 

Masyarakat dunia prihatin, pemimpin-pemimpin yang prihatin serta mahasiswa-mahasiswi yang prihatin.

Jika untuk berjuang di sana bukannya kemampuan kita, masih banyak laluan untuk kita salurkan bantuan kita. Baik dari segi wang ringgit, doa serta berkongsi kesedaran dengan mereka sekeliling kita. Jika bukan kita, siapa? Moga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan penderitaan mereka. In Sha Allah.


 Video yang ringkas namun padat dengan mesej. Tahniah mahasiswa/i UUM atas usaha ini.

 MU kongsikan kembali kenyataan rasmi barisan kepimpinan MPPUUM.

Kenyataan rasmi MPP UUM 
ISU: SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA

1)Kami mahasiswa Universiti Utara Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan serta bedilan roket yang dilepaskan oleh Israel terhadap negara Palestin. 

2)Serangan  ini secara terang mencabul hak kedaulatan negara Palestin.

3)Kami mahasiswa Universiti Utara Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa, melahirkan kecaman terhadap kezaliman tentera ZIONIS dalam isu ini.

4)Kami mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan Israel yang telah meragut nyawa orang awam.

5)Kami menyokong penglibatan aktif Malaysia di dalam OIC serta negara ISLAM dan badan dunia lain untuk menzahirkan kecaman terhadap kekejaman ISRAEL.

6)Kami menyeru kesepakatan negara liga Arab, negara ASEAN, serta negara-negara Islam yang lain untuk bersatu padu menzahirkan kecaman terhadap ISRAEL.

7)Kami mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap kebiadapan dan jenayah perang Israel yang dilakukan keatas rakyat Palestin.

Sekian.

Mewakili mahasiswa Universiti Utara Malaysia,
Ku Amirul Faiz Ku Seman
Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Utara Malaysia

019-4953489


Mahasiswa/i UTM dijadualkan akan mengadakan Perhimpunan Aman di Kedutaan Amerika Syarikat, KL pada hari ini (22 November 2012) sebagai tanda menentang kekejaman Israel. Semoga berjaya sahabat.


Ya Allah, lindungilah saudara seagama kami di bumi Gaza & berilah kekuatan serta kemenangan buat mereka. Dan atas rahmat dan kasih Mu, semoga keamanan Malaysia juga sentiasa terpelihara. 


p/s: Gencatan senjata telah dikuatkuasakan di Gaza. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?