SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


08 Januari 2012

Himpunan 901: Mungkinkah Aman ?


Salam perpaduan, Salam keamanan.


 Mungkinkah perhimpunan itu hanya sekadar perhimpunan ?
Berkumpul & Bersurai dengan aman ?
MUNGKINKAH ?

  Hari ini, sudah 8 Januari. Kurang dari 24 jam lagi hari esok tiba. Rasa bimbang mula terus menerjah akan hari esok. Adakah esok masih ada?

Keputusan pihak PDRM yang memberikan lampu hijau bagi penganjur mengadakan perhimpunan 901 di kawasan letak kereta awam di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Jumaat lepas nampaknya belum mampu memuaskan hati penganjur. Mana tidaknya, mereka MENOLAK 10 syarat yang dikenakan ke atas mereka. <KLIK untuk lebih lanjut>

Perhimpunan 901| Penganjur enggan akur ?
++++++
 10 Syarat bagi Penganjur & Peserta Perhimpunan 901

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

+++++

  “Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang.

Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya,”.
–Azmin Ali



Pembangkang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan perhimpunan yang dirancang di Kuala Lumpur pada Isnin ini berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram.

Tanggungjawab mereka (ialah pastikan) jangan ada kumpulan-kumpulan merosakkan harta benda awam dan mencetuskan keadaan yang menjejaskan keselamatan awam,”.
 -TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Syarat-syarat dibuat bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin, tetapi ditolak pula.
MU bukannya apa, berkali-kali jugalah MU buka klip video Bersih, video demo di UPSI. Cuba melihat dengan waras. Andai katalah, berlaku sebagaimana peristiwa 9 Julai 2011 itu kembali atau mungkin lebih teruk dari itu, lebih baik padamkan sahaja tarikh 9 Januari 2012. Tak sangka, nombor 9 ibarat satu sihir yang menggugat kedaulatan dan keamanan negara tercinta.

Esok, apabila FRU, polis dan mungkin juga pihak tentera menjalankan tugas mereka, janganlah kelak ada yang mencerca mereka. Mereka menjalankan tugas, menjaga keamanan dan keselamatan. Harap tiada lagi drama-drama a.k.a cubaan membunuh diri dilakukan.

p/s: Abang, kakak, adik… Negara kita dibina bukannya sehari dua, tapi ia mampu musnah sekelip mata. Jadilah tangan-tangan yang membina bukannya yang membinasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?