Salam Perubahan, Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia.
1. Terbuka
untuk pelajar tahun akhir (IPTA & IPTS)
2. Model
Viva & MyVi
3. Serendah
RM299 sebulan
4. Tempoh:
10 Oktober 2012 -31 Mac 2013
5. Tiada
bayaran pendahuluan
6. Kad
pelajar + seorang penjamin
7. Perlindungan
insurans RM20K secara percuma
8. Diskaun
50% untuk servis asas di pusat servis PERODUA
Kuantan: Pelajar tahun akhir institusi pengajian
tinggi (IPT) awam dan swasta berpeluang membeli kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan.
Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’.
Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh,
berkata program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada
kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran
pendahuluan.
Katanya, tawaran itu terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013.
Tunjuk kad pelajar
Beliau berkata, pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.
“Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.
“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Expoconvo 2012 Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, dekat sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP, Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz.
Perlindungan insurans kemalangan
Selain pembelian kereta, Aminar Rashid berkata, kumpulan pelajar itu juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, di samping diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara.
Dalam pada itu, Aminar Rashid yang juga Ahli Lembaga Pengarah UMP berkata, penganjuran program Expoconvo itu penting untuk mempromosikan pesta konvokesyen yang menjadi acara tahunan universiti berkenaan.
Sumber: Berita Harian
p/s: Tawaran yang agak menarik buat mahasiswa yang
berminat untuk memiliki kenderaan sendiri. Namun, suka untuk MU ingatkan,
jangan jupa tanggungjawab terhadap pinjaman pengajian... Bayar balik PTPTN ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan