Isu
#listen, #listen, #Listen membentuk satu gelombang baru. Gelombang yang
dicetuskan oleh seorang proaksi pembangkang di dalam kampus Universiti Utara
Malaysia. Proaksi Pembangkang ini mula mendapatkan tempat apabila berjaya
melancarkan provokasi terhadap pihak penganjur program forum Seiringkah
Mahasiswa dan Politik’ anjuran Suara Wanita 1 Malaysia. MU terbaca satu post yang dikongsi oleh YDP MPP USM Saudara Muhammad ‘Ammar Mohd Aziz.
Jom
kita baca kecaman mahasiswa pro pembangkang;
Inilah
yang MU simpulkan sebagai pertembungan idealism mahasiswa PRO M (Pro
Pembangkang) dan pejuang sejati mahasiswa Aspirasi Mahasiswa. Mahasiswa Pro M
akan terus menerus dengan komentar yang bersifat populis dan melulu serta zalim
kepada pihak yang satu lagi. Mengapa? Ia mudah, MU bersetuju dengan pandangan
YDP Aspirasi Mahasiswa, kedua-dua buah pihak harus tampil untuk membuat
kenyataan mengapa tragedi itu boleh terjadi.
Hamburan
demi hamburan kepada YDP yang tidak menyebelahi kem pembangkang dilihat sebagai
tidak menjaga kebajikan mahasiswa. Apakah tindakan sehinggakan pemimpin
Aspirasi Mahasiswa ini dituduh tidak menyebelahi kebajikan serta suara? MU
bersetuju bahawa Presiden SW1M dan Bawani
perlu tampil untuk membuat penjelasan. Kita harus menunaikan hak untuk
bersuara kepada Presiden SW1M untuk menjelaskan perkara ini. Mudah. Berilah perluang untuk memahami keadaan yang berlaku. Jom lihat kenyataan mahasiswa Aspirasi Mahasiswa;
Itu
mungkin ‘dosa’pertama pemimpin serta pengikut mahasiswa pembangkang. Yang kedua
ialah figura figura hebat dibelakang Bawani melambangkan Bawani ini dilindungi
oleh pemimpin-pemimpin pembangkang tidak seperti pemimpin Aspirasi Mahasiswa
yang mengeluarkan kenyataan berdasarkan prinsip yang rasional lagi intelektual.
Bawani dipertahankan oleh pembangkang yang dijaja satu Malaysia sebagai hak
mereka dicabuli. Namun begitu, apabila kegiatan biadap yang dilakukan oleh Bawani terhadap
penganjur, dalam program penganjur. Agak-agak seandainya seorang mahasiswa di
tempat program anjuran pembangkang bolehkah dia sebebasnya berperwatakan
seperti Bawani? Aspirasi Mahasiswa tidak akan mengkhianati intelektual dan tidak akan melacurkan nama mahasiswa dengan tindakan tidak rasional serta biadap.
MU tertarik dengan pendedahan serta analisis Keris7Lok mengenai isu #Listen di UUM. Aspirasi Mahasiswa terus diperlukan dalam melambangkan tindak tanduk yang rasional, tenang dan adil.
Tepuk
dada tanya Iman. Kita mahu menyelesaikan masalah yang meruncing ini. Biarlah
Presiden SW1M membuat kenyataan dan kita nilai, begitu juga dengan Bawani. Kita
dengar serta nilai dengan akal dan bukan emosi.
Pendirian Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia dalam perihal
video ini adalah seperti tetapan berikut;
1) MPP UUM mendukung prinsip kebebasan
bersuara harus didukung tanpa menafikan hak mana-mana individu. Kebebasan ini
termasuk juga untuk berhujah berdasarkan fakta yang sebenar dan tulen.
2) MPP UUM juga bersetuju bahawa sesi
interaksi panel dan penonton telah diberikan oleh moderator serta panel
menjawab persoalan yang dibangkitkan.
3) MPP UUM juga bersetuju bahawa hak
kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dalam tertib dan penuh beradab.
4) MPPUUM dalam perkara ini berpendapat
kedua-kedua pihak dalam video iaitu mahasiswi UUM serta panel mempunyai sebab
tersendiri mengapa kejadian sedemikian berlaku serta berharap kedua-dua buah
pihak boleh menjelaskan kepada orang ramai.
5) MPPUUM juga ingin menegaskan kehadiran
YDP MPP UUM hanyalah memenuhi jemputan pihak penganjur program dan bukan
bertindak sebagai penganjur atau penganjur bersama.
6) MPPUUM juga berpendirian bahawa
ketika mahasiswi UUM berkenaan mencelah, forum telah diserahkan dari moderator
kepada pihak penganjur.
7) MPP UUM percaya yang wajar memberi
pencerahan adalah pihak yang terlibat.
8) MPP UUM juga meminta supaya siaran
video penuh di terbitkan untuk tatapan penonton supaya mengetahui pucuk pangkal
program forum ini.
9) MPP UUM berharap isu ini dapat
diselesaikan dengan cara berhemah dan harmoni.
Apabila
mahasiswa yang dilihat menjadi mangsa, sepastinya lebih mudah mendapat raih
simpati. Mahasiswa lebih lantang, berani bersuara. Inilah generasi anak muda
sekarang.
Peristiwa
8 Disember 2012 mula mendapat perhatian hanya dalam 1 malam. #justice4bawani
#salutebawani #weareallbawani. Forum bertajuk Suara Mahasiswa: Seiringkah
Mahasiswa dan Politik bertempat di Dewan Muadzam Syah, Universiti Utara
Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri buat Bawani.
Trend
yang sama juga dilihat sama dengan situasi apabila Adam Adli, Safwan Anang
hendak menjadi popular. Cuma berbezanya apabila yang hendak dinaikkan ini
merupakan ‘heroin’. Percaturannya sepastinya berbeza.
Siapa dia?
Bawani a/p Kaniapan dilahirkan di Perak merupakan pelajar undang-undang semester 3,
akan berusia 28 tahun pada 5 September ini dan pernah bertanding
kerusi umum
dalam PRK yang lepas. Bawani juga turut aktif di luar.
“With
my great comrade & ayahanda Dr Nasir Nashim. Always inspiring his thought”
Mesyuarat
May Day di office PSM pada tahun 2010?
Pelajar UUM
Usah
terlepas pandang dan hanya memberikan keadilan kepada gadis ini semata-mata.
Lihat pula komentar daripada pelajar UUM sendiri. Peristiwa yang berlaku ini
dilihat sama sebagaimana peristiwa di UPSI dahulu. Kerana tindakan individu
tertentu, rakan-rakan mahasiswa daripada universiti yang sama mendapat tempiasnya.
Bawani
muncul dan memulakan provokasi setelah tamat sesi Q&A dan majlis hampir
tamat. Bukannya semasa sesi dibuka.