SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


13 Julai 2012

Kemasukan IPTA Sesi 2012/2013. Fakta Yang Perlu Bakal Mahasiswa Tahu.


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

SYABAS & TAHNIAH buat adik-adik, rakan-rakan yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPTA bagi kemasukan sesi 2012/2013. 

Bagi yang berjaya, bersyukurlah kerana kalian adalah salah seorang daripada 38,549 yang berjaya untuk melanjutkan pengajian ke IPTA, berbanding 63,467 permohonan daripada seluruh negara. 

Beberapa fakta menarik untuk dikongsi:
1.    38, 549 berjaya berbanding 52, 430 permohonan calon yang layak.
2.    Majoriti, 65.8% adalah perempuan.
3.    Aliran sains seramai 57% manakala sastera 43%.
4.    Mengikut kaum yang berjaya: Melayu sebanyak 70.2% (27,455), Cina sebanyak 86.4% (8,986), India sebanyak 72.8% (1,384) manakala Lain-lain sebanyak 69.8%.

Bagi adik-adik semua diingatkan untuk menghantar jawapan tawaran semula sebelum 22 Julai ini dan MU ucapkan selamat mendaftar pada 1-2 September 2012 nanti.

Untuk e-rayuan pula bermula dari 13 hingga 22 Julai 2012.


Yang masih belum membuat semakan, sila semak ya.

Daripada sekarang dah boleh cari biasiswa baik daripada JPA, Mara, yayasan-yayasan dan lain-lain. Jika tidak, usah lupa kita ada PTPTN.


p/s: Selamat menjadi mahasiswa dan bukannya mahasewel. Syabas!

1 ulasan:

  1. Belajar dan jangan berpolitik dalam kampus. Satu lagi, 90% kos pengajian di subsidi Kerajaan, 10% saja perlu dibayar,itupun dapat pinjaman.Itu pun tak dibayar - percumakan!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?