SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


18 Mac 2013

12 Fakta Semasa Mesti Tahu Insiden #LahadDatu



Baru-baru ini, kita sedia maklum bahawa seorang pemimpin pembangkang, Tian Chua telah dikenakan tindakan di bawah atas Akta Hasutan atas tindakan beliau mengenai insiden Lahad Datu sebagai sandiwara dan konspirasi.

Setelah apa yang kita lihat di depan mata hari ini, adakah pewira-pewira tanah air yang terkorban itu sekadar berlakon? Bagaimana mereka sanggup menyifatkan ini sebagai sandiwara sedangkan untuk mereka berada bersama berjuang mempertahankan negara itu sendiri mereka tidak berani, sebaliknya terus memperlekehkan?

Ayuh, MU kongsikan bersama antara 12 perkongsian semasa daripada pelbagai media termasuk antarabangsa yang perlu kita ambil maklum. 


Pertemuan Anwar Ibrahim - Nur Misuari


1. Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.



Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.

Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.


2. Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.


3. Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.

Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan pembangkang.


4. Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.



5. Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.


6. Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.



Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.


7. Tindakan Anwar menyanyikan lagi Tanya Sama Pokok" yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut Sabah bakal hilang.

Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.

Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.



Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.


8. Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.

Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu.

Jadi, di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan," kata Aquino dipetik daripada Malaya-Business Insight.


9.SAYA hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia," kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, kerajaan Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.


10. DUA pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod buruk pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia.


Mereka berusaha membebaskan wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.


11. TINDAKAN Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan skrip lama pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.

Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki...satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.

Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia pulih serta-merta.


12. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.


sumber: UTUSAN


AlFatihah buat perajurit negara yang terkorban. 


10 Februari 2013

#savekedah



9 Februari, MU berkesempatan menyertai perhimpunan #savekedah. Semuanya Merah. Bukan perhimpunan UMNO ya tetapi merah bagi MU melambangkan tahap bahaya situasi di kawasan Pedu yang dihimpit dengan masalah pencabulan alam yang serius. Bukan apa perhimpunan ini sebenarnya rali untuk selamatkan bumi Kedah. Kalau tidak ke PEDU di Daerah Padang Terap, Kedah, MU sendiri tidak akan percaya dengan pendedahan media arus perdana mengenai apa yang berlaku di sana.

Bak kata orang Kedah, Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga. Tasik Pedu ini, MU difahamkan tempat salah satu tempat tadahan air  di negeri kedah. Dahulunya orang menceritakan cantik. Sepanjang perjalanan ke tempat rali, sesuatu yang amat terkejut, bukit ditarah dan digondolkan. Kini yang tinggal hanya tanah lapang dengan sisa baki balak.

Seorang anak jati Kedah berkongsi dengan MU, apa yang kelihatan hanyalah sebahagian kecil dari pemerkosaan pihak yang tak bertanggungjawab terhadap hutan simpan ini. Gambar yang diambil dari helikopter menunjukkan segmen yang lebih serius ditarah dan digondol. MU sebagai mahasiswa tahu ini semua kuasa kerajaan negeri kerana tanah termasuk dalam senarai negeri (pernah belajar Perlembagaan dahulu) jadi, nak tanya adakah tindakan menggondol ini juga sesuatu yang direstui oleh kerajaan negeri.

Bagi MU isu ini isu sejagat. Bukan satu isu permainan politik murahan tetapi satu kemanusiaan yang besar lagi penting. Ketika dunia sibuk dengan perjuangan teknologi hijau dan sebagainya, adakah kerajaan negeri kehadapan dalam isu ini? Bagi MU kerajaan negeri menerbang pokok atas nama pembangunan sesuatu yang tidak boleh diterima akal dan wajar ditentang.

Macam biasa, satu persoalan yang MU perlukan penilaian pembaca, dimanakah, aktivis Pro M? Sepatutnya isu ini harus diambil berat oleh mereka. Jangan ditanyalah kumpulan Hijau, yang sibuk bergoncang dunia jaja mengenai Lynas. Bisu dan tuli dalam isu pembalakan di negeri Kedah. Sebab apa? Sebab di Pahang kerajaannya ialah Barisan Nasional dan disini kerajaan yang memerintah ialah Pakatan Rakyat. Tidak setuju? Terpulang. MU perlukan mahasiswa dan ahli masyarakat yang rasional. Yang salah katakan salah yang betul katakan betul.

Sifat pilih kasih (bukan program TV) inilah yang menjadi modus operandi pihak pembangkang yang nampak macam jelek di mata dunia. Buat kali ini MU bersetuju dengan aktivis alam sekitar yang digerakkan oleh Barisan Nasional yang bersungguh-sungguh mempertahankan isu alam sekitar. Sudah tiba masanya rakyat di negeri Kedah membuka mata. (Negeri lain, maaf bukan subjeknya disini)

Jom kita pakat-pakat #savekedah. Selamatkan bumi Kedah. Di Rali ini, MU sempat berjumpa dan mendengar ucapan YB Dato’ Paduka Mukhriz Tun Mahathir yang meluangkan masa bersama anak muda. Turut kelihatan ADUN PEDU; YB Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid, ADUN BELANTIK; Dato Muhammad Tajudin Abdullah ,dan ADUN DERGA; YB Dr Cheah Soon Hai.

Tidak setuju dengan Rali ini terpulang. Lawatlah sendiri Tasik Pedu. MU pasti jawapannya ialah ‘baru sedikit ditarahnya bukanlah serius manapun’. Persoalan MU nak tunggu sampai bila?








Maklumat lanjut boleh baca di sini dan sini.

03 Februari 2013

Cuba mengubah sejarah?



MU tertarik dengan pendedahan blog dan blog ini mengenai ‘ikon’ baru mahasiswa Utara Malaysia, Bawani KS. Khabarnya beliau dijemput dalam Majlis Memperingati 60 Tahun Mat Indera mati Di Gantung. Iya Mat Indera individu yang pernah di label Timbalan Presiden PAS sebagai perwira dalam tragedi Bukit Kepong.

MU juga tertarik apabila pendedahan yang dilakukan mengenai saudari Bawani KS ni, dia seorang pelajar undang-undang. Sesuatu yang unik apabila pelajar undang-undang seakan-akan melupakan sejarah. Mungkin kehadiran bawani tak lah berniat nak menyokong keperwiraan mat Indra, cuba sebagai warga bertanggung jawab nak mempersoalkan rasional majlis itu diadakan?

Mat Indra atau nama sebenarnya Muhammad Indera dalam cacatan sejarahnya, mengetuai segerombolan 180 komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Tragedi Bukit Kepong menyebabkan seramai 25 orang termasuk wanita dan kanak-kanak. Tragedi ini bukanlah sesuatu yang asing bagi MU. Sedangkan seorang pelajar sekolah rendah juga MU rasa pernah menonton filem Bukit Kepong. Itu lah sejarah. Jadi apabila seorang pelajar undang-undang dari Universiti Utara Malaysia boleh menghadiri majlis memperingati Mat Indera sebagai seorang pejuang? Baca lanjut di sini.

Mengenai Komunis, MU pasti ramai mengetahui bukanlah satu fahaman yang boleh diterima akal. Menolak kewujudanTuhan yang sudah pasti bertentangan dengan prinsip Rukun Negara, kepercayaan pada Tuhan. Seorang yang Islam percaya pada kewujudan Allah sebagai Tuhan yang wajib disembah. Justeru, sejarah tetap sejarah. Nyawa perwira yang gugur syahid di Bukit Kepong seharusnya dikenang dan bukan dibalas dengan menukar sejarah.

Apa yang berlaku?

31 Januari 2013

Himpunan Orang Muda Kedah Bersama PM


MU tertarik dengan perhimpunan ini. Meriah, Beradab dan Berinfomasi. Yang tak berkesempatan, jom masih ada dua hari lagi.


Dipetik dari sini




Tadi MU sempat berjumpa PM DS @NajibRazak, Dato Mukhriz Tun Mahathir, YB Khairy Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin rakyat yang lain.

p/s: gambar ni bukan edit ya! 




20 Januari 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?