SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


03 Januari 2013

Pendaftaran Rebat Smartphone RM200 #Bajet2013





Tiada lagi had ditetapkan ke atas rebat smartphone RM 200 berbanding dahulu hanya dihadkan maksimum RM500 sahaja. Bermakna lebih banyak pilihan untuk belia.

Bagi yang berminat, sila buat sedikit checklist di bawah ini.


1.    Belia: 21 – 30 tahun
2.    Pendapatan: RM3K ke bawah
3.    Pakej Komunikasi Belia (PKB)
4.    Libatkan 7 syarikat komunikasi: 
Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile & YTL Communications. 
5.    Pendaftaran? Klik <SINI>


"Saya mewakili MPPK amat berterima kasih kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri kerana sudi mempertimbangkan cadangan daripada kami" – Pengerusi MPPK, Hafiz Ariffin.

+++Lanjut di <SINI>


Terima kasih kepada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) & Terima kasih PM.


p/s: oops, baru juga MU update entry senarai hp yang terpilih.


31 Disember 2012

23 Jenis Smartphones Untuk Rebat RM200 #Bajet2013




23 Jenis Model Smartphones 3G yang ditawarkan untuk rebat RM200:

1.    Alcatel 993D
2.    Alcatel OneTouch Glory 23
3.    Alcatel OneTouch Inspire 2
4.    The Buzz Phone
5.    HTC Wildfire
6.    Huawei Ideos X3
7.    LG Optimus L3
8.    Ninetology Black Pearl II
9.    Ninetology Palette
10.  Nokia 2730
11.  Nokia 7230
12.  Nokia Asha 305
13.  Nokia Asha 308
14.  Nokia Asha 311
15.  Nokia C2-03
16.  Nokia Lumia 610
17.  Samsung Galaxy Chat
18.  Samsung Galaxy Mini
19.  Samsung Galaxy Pocket
20.  Samsung Galaxy Y
21.  Sony Xperia Tipo
22.   ZTE Acqua
23.  ZTE V790


 Ikutkan dah macam-macam feedback yang mempertikaikan rebat RM200. Bagi MU, cuba rujuk balik semula mengapa tujuan rebat ini diberikan. Asasnya bertujuan membolehkan golongan belia memiliki smartphone dan belia tidak akan berbelanja lebih daripada RM300 untuk memiliki smartphone baru.

Kehendak kita mungkin lebih besar dengan keinginan untuk memiliki smartphone yang lebih canggih. Jika dinaikkan lagi jumlah maksimum harga smartphones, pasti lebih banyak pilihan untuk belia. Tapi jangan lupa, masih ada lagi yang belum berkemampuan memiliki smartphone. Sepastinya dengan pemberian rebat inilah yang membolehkan lebih ramai lagi memiliki smartphone.

12 Tawaran #Bajet2013 Berkuat Kuasa Esok



12 Tawaran berdasarkan Bajet 2013 yang telah dibentangkan pleh YAB PM, Datuk Seri Najib Razak, September lalu.

1.    Diskaun 50% caj bayaran pemprosesan pasport bagi tempoh 5 tahun dikurangkan menjadi RM150. (Warga tua & kanak-kanak 12 tahun ke bawah)
2.    Diskaun 50% caj bayaran pemprosesan pasport bagi tempoh 2 tahun dikurangkan menjadi RM80. (Warga tua & kanak-kanak 12 tahun ke bawah)
3.    Bahagian Pinjaman Perumahan akan disusun semula dan panel bank komersial akan dilantik untuk uruskan pinjaman perumahan kerajaan.
4.    Pemberian BR1M 2.0 bernilai RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan kurang RM2K sebulan atau isi rumah berpendapatan RM3K ke bawah.
5.    Rebat tunai RM10K dan subsidi 200% kepada pengusaha bas untuk pinjaman pebuh bagi menggantikan bas sekolah lama yang berusia lebih 25 tahun kepada bas baru berkapasiti 12 – 18 tempat duduk.
6.    Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had RM100K untuk tempoh 2 tahun kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang menggunakan bas sekolah berpermit.
7.    Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah dan menengah.
8.    Lanjutan kontrak perkhidmatan 45,000 penjawat awam.
9.    Insentif khas RM200 sebulan kepada 125, 708 pegawai dan anggota tentera.
10.   Diskaun 50% kepada pengguna feri dan pengendali pengangkutan di Sabah dan Sarawak.
11.  Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih untuk belia berusia antara 21 tahun hingga 30 tahun.
12.  Pencarum KWSP dibenarkan mengeluarkan RM3,000 untuk menunaikan haji.
Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat, Sebuah Janji Ditepati.
Selamat Tahun Baru

Terima kasih PM. Selamat memanfaatkan bajet.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?