SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


16 Ogos 2013

Anak Muda; Apa anak muda mahu?

Salam Syawal, salam perpaduan, salam perubahan dan salam 1Malaysia.

Saya harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat meraikan kemenangan Syawal kepada seluruh umat Islam di dunia amnya dan saudara Islam di Malaysia khasnya. Semoga Syawal diraikan dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan. In sha Allah.

Izinkan saya berceloteh sedikit mengenai pandangan peribadi saya sebagai orang muda yang selama ini melihat dan memerhati perkembangan politik negara. Saya manusia cetek ilmu tetapi bukanlah buta mata. Bukan mahu bersikap 'playsafe' dan menampakkan diri ini neutral sedangkan sebenarnya dalam hati memberontak dan menjadi keyboard warrior menghentam sana sini menggunakan fake ID. Opps.

Saya menyokong kerajaan Barisan Nasional. Saya menyokong parti Melayu, UMNO. Walaupun kalau diperhatikan, lebih ramai anak muda beralih arah menyokong pembangkang. Kenapa?

Satu perkara yang saya perhatikan, apabila ada anak muda, yang lantang bersuara, menolak apa yang salah, dia terus dibenamkan. Kenapa? Insecure? Bila ada anak muda yang rajin turun padang, mempunyai pandangan dan penyokong yang kuat, tiba tiba anak muda ini hilang. Tiada dalam arus perjuangan bersama yang lain sedangkan jiwanya meronta mahu turut bersama berjuang. Tiba tiba anak muda ini diletakkan jauh, diberikan tugasan luar kawasan, diasingkan dari perjuangan. Dimudahkan cerita, anak muda ini dicantas oleh pihak pihak yang rasa kedudukannya terancam dengan pengaruh anak muda ini.

Ada. Perkara seperti ini berlaku. Tetapi siapa yang tahu?

Anak muda diberikan ruang dan peluang? Benar. Anak muda yang diam, mengikut telunjuk, yang laluannya ditebas. Dan sehingga anak muda ini tua, dia pula akan membuka laluan bagi orang sepertinya masuk padang. Perkara yang sama akan terus berulang dan berulang. Dan sampai bila bila pun kita akan berada di takuk yang lama, membenarkan yang salah, mendiamkan yang benar.

Berapa ramai pegawai PTD yang mengutuk kerajaan, menyokong pembangkang? Berapa ramai pula lepasan ijazah yang tidak layak memohon PTD menyokong kerajaan dan mengutuk pembangkang?

Berapa ramai mahasiswa yang bersama dengan kerajaan, membantu kerajaan di peringkat kampus mahupun nasional yang terkandas dalam pelajaran? Berapa banyak wang, tenaga dan masa yang dihabiskan untuk membantu kerajaan telah dibazirkan? Dan, berapa ramai dari kalangan mahasiswa ini yang akhirnya diangkat dan dibantu? Kira dengan jari pun tak habis.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan rakan, tiada alasan untuk kami tidak bersama membangkang setelah apa yang berlaku. Sedalam mana luka dalam hati, setegar mana kecewa dalam jiwa, tiada yang beralih arah dari perjuangan ini. Terus teguh berdiri, menanti kot kot ada peluang yang akan diberi. Di mana anak muda yang terumbang ambing ini akan ditempatkan setelah susah payah mereka berbakti kepada negara?

Jadi, apa orang muda mahu? Kami mahu dilihat dan dihargai. Bukan terus diperguna dan diabaikan. Semoga suara kecil ini yang mungkin tidak didengari namun dapat dilihat dan dihargai.


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?