SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


14 September 2013

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Apa Generasi Muda dapat? #iSiswaMEB

Salam Mahasiswa, Tunggak Kejayaan Negara.





Hari ini merupakan detik sejarah bagi orang Melayu dan Bumiputera kerana YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pelbagai manfaat yang bakal diterima oleh Bumiputera dalam Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Cancelor (DATC), Kampus Induk UiTM Shah Alam. 

Sebagai Mahasiswa dan generasi muda, apa yang kita bakal perolehi daripada peluang-peluang yang disediakan ini? Melihat kepada Fokus Pemerkasaan Pertama : Mendaya Modal Insan Bumiputera. Apakah intipati yang terdapat di dalamnya? Antaranya… sumber : APJr

1) Bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran. Kerajaan akan memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran. Di sini satu lagi peluang besar untuk generasi muda khasnya dalam mencungkil bakat dan menggilap kemahiran yang dimiliki melalui Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang disediakan oleh kerajaan seperti Institut Kemahiran MARA dan lain-lain Institusi yang berkaitan. 




2) Golongan graduan Bumiputera yang menganggur, kerajaan akan mempergiatkan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil. Graduan-graduan berpeluang untuk menjalani latihan kemahiran sekaligus berkeyakinan untuk menjadi usahawan di dalam bidang yang diterajui. Sebagai contoh, graduan yang mengambil Hotel & Katering boleh membuka usahawan Katering dan membina peluang kerja kepada masyarakat sekeliling. 




3) Memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan. Dana yang disalurkan oleh kerajaan melalui agensi-agensi ini dapat membantu generasi muda untuk membina peluang. Generasi muda sangat mempunyai banyak peluang jika mereka mahu dan memikirkan yang terbaik untuk masa depan mereka. Ini memberi peluang dan memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam budang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi. 


4) Dalam melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera, Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan. Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja professional dan bertauliah, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari. 


Kita baru mengupas intipati daripada Fokus Pemerkasaan Pertama, sudah banyak peluang yang disediakan untuk generasi muda sebagai modal insan Negara. Apa pula peranan generasi muda mengambil peluang yang disediakan ini? Generasi muda terutama mereka yang bergelar mahasiswa sentiasa dimanjai. Orang tua pernah berkata, kejayaan tidak datang bergolek. Melihat senario dewasa kini, sukar untuk mereka untuk merasa sedikit kesusahan dan selebihnya suka untuk menyalahkan pihak lain. Mahasiswa yang berintelektual tinggi seharusnya boleh menunjukkan sikap kematangan dalam berfikir, bertindak sebelum berfikir dan menyerap segala kebaikan yang diperolehi. 


Jom lihat apa mahasiswa UiTM terima? KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?