SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN

30 Jun 2012

MPPUUM Bersuara Tak Setuju Dengan HEP?


 
Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berfungsi menjadi badan yang mewakili suara mahasiswa. Ada juga badan perwakilan yang dinamakan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM). Badan ini adalah daripada pelajar, kepada pelajar dan untuk pelajar.

Kepercayaan dan mandat yang diberikan sebagai mewakili mahasiswa sepastinya perlu menjadi keutamaan bagi setiap barisan kepimpinan. Mendapat kritikan dan tomahan itu perkara biasa bagi seorang pemimpin. Jika tidak, mengapa perlu rakan-rakan memberi undi kepada calon-calon yang bertanding?

Baru-baru ini, barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UUM dilaporkan telah bersuara kerana tidak bersetuju dengan polisi baru yang ditetapkan oleh pihak HEP. Namun, apakah sebenarnya yang berlaku di kampus Universiti Utara Malaysia?

Ikuti pendedahan rakan blogger MU ini. <KLIK SINI>

Diplomasi dan rasional ciri kepimpinan mahasiswa yang matang. Syabas dan tahniah barisan kepimpinan MPP Perubahan yang terus membawa Aspirasi Mahasiswa. Moga isu yang dibawa ini berjaya membawa kata sepakat yang terbaik buat semua pihak khususnya rakan-rakan mahasiswa.

Buat rakan-rakan mahasiswa yang lain, selamat bercuti.

p/s: Sedang bergoyang kakikah MPP Transformasi?

Anak Muda Terus Bangkit Bawa #AspirasiMahasiswa


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.


Aman Kampus Di Bawah Bayu 2012
Anak Muda Turun Berbakti
28 Jun hingga 10 Julai 2012

#AmanKampusDiBawahBayu

KLIK SINI untuk update bersama rakan-rakan mahasiswa di sana.

p/s: Selamat Berbakti & membawa Aspirasi Mahasiswa.

28 Jun 2012

Jom Gegar PWTC. Graduan, Jangan lepaskan peluang !


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Masanya dah tiba. Jangan lepaskan peluang !


 Karnival Kerjaya & Keusawahawanan Graduan
(K3G)
29 Jun – 1 Julai 2012
9.00 am – 6.00 pm
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Temuduga Terbuka + Seminar Kerjaya & Keusahawanan


p/s: Jangan lupa bawa resume, k? Mana tau ada rezeki. Sebarkan pada rakan-rakan yang lain. Terima kasih.

26 Jun 2012

Tahniah GGIM. Inilah Aspirasi Mahasiswa. Apa Yang Pro-Mahasewel Buat?

Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.
Kepimpinan GGIM bersama Dato' Saifuddin Abdullah.

Kuala Lumpur, 23 Jun - ASPIRASI Mahasiswa yang membawa nama Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) telah bertemu YB Dato Saifuddin Abdullah bagi membincangkan masalah Penempatan Guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pedidikan (ISMP). Perjumpaan di NZ Garden KLCC berlangsung selamat 2 jam dalam keadaan santai.

Mohamad Rafie ketika dihubungi berkata, 'Saya mewakili graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris membawa suara ASPIRASI Mahasiswa akan sedaya upaya menggunakan cara yang rasional untuk memohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dato' Saifuddin Abdullah selaku Timb. KPT supaya meneliti semula penempatan untuk bakal guru. Kami di GGIM melaksanakan pertemuan ini ingin meminta pandangan berkaitan penempatan ISMP ambilan Julai 2008/2009.'

 

Katanya lagi, awal bulan ini, pihak KPM telah menerima 2 ambilan penempatan graduan ISMP. Ada graduan yang terpaksa menunggu sehingga 1 tahun setengah untuk diberi penempatan. Kita tidak menyalahkan pihak KPM tetapi kita cuba mencari solusi yang efektif menyelesaikan kemelut yang melanda graduan ISMP ini.

Katanya lagi, Gabungan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (GGIM) di bawah jawatankuasa Penempatan guru mahu KPM memberi peluang yang adil kepada 3000 graduan pendidikan yang masih belum dipanggil temuduga dan belum mendapat penempatan guru. Ia terdiri daripada graduan UPSI yang berjumlah hampir 2300 dan IPTA lain seperti Uitm,UKM,UPM,UMS,UUM,UTHM,UTM dan UIA mahu KPM segera menangani masalah penempatan guru yang semakin meruncing.

Turut hadir, Samuel Sila Mathew Unjah dari Kelab Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (KMMPPUPSI). Samuel ketika dihubungi berkata  'Biarpun mendapat PNGK 4.00 dan lulus dengan cemerlang, namun belum tentu menjamin graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) keluaran IPTA mendapatkan pekerjaan sebagai guru tetap di bawah naungan KPM tanpa proses temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). 

GGIM diwakili Pengerusi GGIM iaitu Mohamad Rafie Sanan (Berbaju Putih). 
Katanya lagi, Hal ini bertepatan dengan apa yang telah dilaporkan oleh Berita Harian, bertarikh 29 Mac 2012 yang dipetik daripada kata-kata Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia II, Dr Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan bahawa pelantikan guru dari kalangan ISMP oleh KPM akan dibuat berasaskan kekosongan (di sekolah di seluruh negara), mengikut opsyen dan cukup syarat kelayakan. Secara kasar, memanglah petikan kata-kata beliau ini dianggap relevan kerana bertepatan dengan keperluan dan bajet kerajaan, namun sekiranya diteliti secara mendalam, jika pengambilan guru tetap dari kalangan ISMP ini tidak berlaku pada semua graduan, akan menyebabkan ramai graduan ISMP menganggur untuk satu jangka masa yang lama ataupun mungkin untuk selama-lamanya'.

Sejak beberapa bulan yang lalu, pihak KPM memperkenalkan Sistem Guru Interim namun sistem ini perlu diperbaiki kerana ramai guru mengadu mempunyai masalah bayaran gaji. Memetik kenyataan salah seorang pengunjung laman sosial Guru InterimDatuk Wee Ka Siong menjelasakan bahawa pihaknya sedang menyelesaikan masalah ini.

Sumber: Harapan Esok


p/s: Ini bezanya Aspirasi Mahasiswa dengan Pro-Mahasewel. Moga usul yang dibawa rakan-rakan Aspirasi ini berjaya dilaksana.

Buangkan persepsi negatif tentang bakal pendidik kerana
bukan semua sama seperti Adam Adli.

Buangkan persepsi buruk tentang mahasiswa,
kerana Aspirasi Mahasiswa tidak seperti Pro-Mahasewel.

Kiasu Singapura Campur Tangan, Usir Sahaja Mereka. #Bersih


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Pendedahan 3 nama diplomat Singapura yang terlibat sama dalam Bersih 3.0 yang lalu membuktikan bahawa betapa bersungguh-sungguhnya negara luar yang satu masa ketikanya sebahagian dari Malaysia masuk campur dalam urusan tanah air kita.

3 Diplomat tersebut ialah :
1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).
2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).
3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.

PERKASA Berhimpun di hadapan Kedutaan Singapura
"Kita mahu pastikan kesahihan laporan sama ada mereka hadir sebagai pemerhati atau terlibat dalam demonstrasi terlebih dahulu, kemudian baru kita putuskan tindakan lanjut," –YAB Dato' Seri Najib Razak.
 
Pintu Kedutaan Singapura telah pun bergegar apabila patriot negara berhimpun aman bagi menyatakan bantahan penglibatan ketiga-tiga diplomat ini. Tugasan diplomat memanglah pelbagai tapi sepastinya ada batasannya melainkan jika memang benar dakwaan bahawa mereka memang berniat untuk campur tangan dengan hal domestik dalam negara kita.


Respon yang diterima daripada Kerajaan Singapura pula, ketiga-tiga diplomat ini hadir Bersih 3.0 atas kapasiti peribadi dan bukannya daripada arahan Kerajaan Singapura. Benarkah?

Tahukah anda bahawa tindakan tiga diplomat yang menyertai Bersih 3.0 yang lalu ini salah dan bertentangan dengan etika mereka sebagai diplomat? Menurut ‘The Vienna Convention on Diplomatic Relation 1961 Article 41(1)', para diplomat dilarang campur tangan dalam urusan politik sesebuah negara.

Teori Chinese Belt semakin membimbangkan apabila kita adanya anasir-anasir yang semakin cemburu dengan perpaduan masyarakat majmuk di negara kita. Jika dulu kita ada Allahyarham Syed Albar dan Allahyarham Datuk Harun Idris, MU percaya mereka-mereka yang cemburu dengan kemakmuran tanah air ini mampu terduduk malu sekiranya kita semua bersatu, tanpa mengira agama dan bangsa.

Bantahan daripada PERKASA

Sudah agak melampau apabila belia PAP di Singapura disekolahkan bagi menghadapi PRU 13 Malaysia, inikan pula tindakan diplomat mereka yang berada di negara kita? Klik  SINI.

 
Kumpulan  mahasiswa INI telahpun menyatakan penentangan terhadap campur tangan diplomat-diplomat ini. Moga lebih ramai lagi akan turut sama-sama faham dan membantah tindakan diplomat-diplomat ini.



 Adakah kita akan terus menutup mata membiarkan
 agenda Lee Kuan Yew jadi nyata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?