SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN

28 April 2012

BERSIH 3.0: Keghairahan Demonstran Dalam Keheningan Pagi



Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Dalam keheningan malam, 28 April 2012, ini yang sedang berlaku...


Anak kecil & Kaum hawa yang telah berada di lokasi
Membawa anak kecil? Adalah lebih baik adik ini di rumah. Semoga adik ini baik-baik sahaja.

 
Mahasiswa ?
Lagi anak muda sebagai peserta demonstran ?
Adam Adli? Kelihatan juga pihak Polis menjalankan tugas mereka
   
Rujuk kembali janji PR. Hadir untuk berjuang demi mansuh PTPTN? Benarkah 90% undi anak muda untuk PR? 

 
+++

Gelagat Yang Ada




 +++
Fatwa ini bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Umat Islam Wajib Serta BERSIH 3.0 ?

Sila skrol kembali ke atas. Belek-beleklah gambar ini berulang-kali. Realitinya, ini keadaan sebelum. Selepasnya, siapa yang tahu. Melihat sahaja anak kecil itu, kembali teringat drama seorang pak cik yang ‘terkorban’ semasa 9 Julai 2011 yang lalu. Adakah anak kecil dibawa semata-mata bagi ‘kekebalan’ tertentu. Kalau ada yang ‘terkorban’ hari ini, adakah istilah syahid? 

Belek-beleklah kembali gambar yang ada kerana yang pasti, gambar-gambar selepas ini tidak akan sama auranya dengan yang ini.

 
Amanat buat tentera kuning, sila klik SINI

p/s: Apa yang MU harapkan, keajaiban. Moga Bumi Bertuah ini akan terus aman dan merdeka. Ya Allah, selamatkanlah Tanah Airku.

BERSIH 3.0: Tentera Kuning, Jangan Rampas Hak Kami



Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Amanat yang akan turun berdemo seketika nanti.
Jangan Rampas Hak Kami
Yang Tidak Turun Berdemo.

 Si baju kuning, di perbatasan medan yang direka
Siap sedia meragut aman yang ada
Kedaulatan yang ada, dijeling sebelah mata
Semua nyata, keghairahan membinasa.

Tentera kuning siap digodam
Bara jiwa bangkit kaset rosak
Menanti semboyan, terus berasak.

Kata & ulang beribu ulang, Masuk kiri keluar kanan
Harap Tuhan bukakan, Makbulkan keajaiban
Doa & harapan, menolak kebatilan dan pembinasaan.

________________________________

Tuntutan Bersih 3.0 persis sahaja Bersih 2.0. Masih lagi dengan 8 Tuntutan ini:
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor 


Tuntutan-tuntutan ini telahpun dipertimbangkan dan ditambahbaik menerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai baik daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Apa lagi yang ingin dituntut dalam Bersih 3.0 ini? Tambah ralat apabila belum lagi Bersih 3.0, seruan turun Bersih 4.0 telah ditiupkan. Sayang, itu namanya ghairah tak bertempat.
Ayuh, lebih baca akan tuntutan-tuntutan tentera kuning di <Cakna Siswa Timur>

Agenda kami yang tidak berdemonstran hari ini. Ayuh.

______________________________________

p/s: Bila tak mampu jadi tangan membina, usah jadi tangan membinasa.

27 April 2012

Mahasiswa TOLAK Kuningkan Kampus Tapi Auranya Diseludup Ke Tanah Suci?


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Aura Sabtu 28 April semakin menjelang tiba. Melihatkan beberapa poster ini, boleh disifatkan anak muda rakus untuk menggulingkan kerajaan sedia ada kini. Kononnya, 26 April dijadikan kempen untuk Kuningkan Kampus. Nampaknya, kempen ini syok sendiri.


Poster yang dijaja agar mahasiswa 'Kuningkan Kampus' pada 26 April 2012

INSPIRASI? Cuba tengok senarai persatuan bawah Inspirasi ni.

 +++

Seronok baca komen-komen rakan-rakan ni.


+++
 
 
 Nampak sangat kena BANNED. Kah Kah Kah.


Tetapi apabila melihat pula gambar-gambar ini, 



Teruntun hati seketika. ‘Hebatlah’ kot mereka berjaya membawa ideologi Bersih ke Tanah Suci Makkah & Madinah. ‘Hebatlah’ kononnya Bersih di seluruh dunia. 

p/s: Keghairahan berdemo yang memualkan.

24 April 2012

Ayuh, 10 Hari Berpesta di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Buat semua mahasiswa, rakan-rakan, pakat ramai-ramai jom.


PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012
27 April – 6 Mei 2012, di PWTC Kuala Lumpur
  
PBAKL 2012 ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 April 2012 di samping menyasarkan 2 juta pengunjung di sepanjang 10 hari tempoh pesta tersebut berlansung.

 
p/s: Daripada pi berdemo tah pape, pergi pesta buku ni lebih berbaloi-baloi. Harapnya juga, yang turun KL 28 hb nanti, tak tersesat pergi berdemo ya.

Belek-belek, baru teringat baucar  BB1M luput 30 April 2012. Rakan-rakan yang masih ada baucar bolehlah bawa, manalah tahu ada booth yang menerima baucar.







22 April 2012

EKSKLUSIF: Surat Terbuka Buat Anwar Ibrahim. 5 Permohonan Mahasiswa


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Perkongsian daripada inbox email MU.

Apakah jawapan kepada persoalan ini ?
__________________________________________
Surat terbuka kepada Anwar Ibrahim

Assalamuailaikum Dato’ Seri, saya merupakan peminat setia Dato’ Seri. Saya juga mengikuti perkembangan Dato’ Seri dari tahun 1998 sehinggalah Dato’ Seri dibebaskan.
Namun Dato’ Seri surat ini saya utuskan untuk memohon pertimbangan dari Dato’ Seri beberapa perkara.
1)    Saya memohon agar Dato’ Seri tidak mempergunakan mahasiswa untuk kepentingan politik Dato’ Seri
2)    Saya memohon agar Dato’ Seri tidak mempromosikan gerakan membuang masa politik Dato’ Seri kerana kawan-kawan saya perlukan masa untuk menuntut ilmu.
3)    Saya memohon agar Dato’ Seri tidak lupa yang Dato’ Seri antara insan bertanggung jawab mengenai PTPTN
4)    Saya memohon Dato’ Seri jangan membawa budaya politik lapuk dengan mendidik pemimpin mahasiswa saya berdemo tak tentu hala
5)    Saya memohon Dato’ Seri agar terus menjadi ketua Pembangkang yang terpuji dari segi akhlak dan perilaku dan tidak menjadi liabiliti kepada Malaysia

Ini adalah harapan saya seorang mahasiswa terhadap Dato’ Seri semoga Dato’ Seri dikurniakan hidayah dan taufiq menyelamatkan anak murid Dato’ Seri yang kian jauh dari masyarakat.

Saya menolak Demostrasi politik, saya menolak budaya memaki hamun pemimpin, saya sayang Malaysia. Semoga Dato’ Seri insaf dan bekerja untuk Malaysia, menerima keputusan rakyat, mempertahankan Raja-Raja Melayu.

______________
p/s: Terima kasih buat pengirim. MU dapat tahu, DSAI dikatakan memberikan pidato berdekatan dengan UUM semalam. ‘Seruan’ apalah agaknya ya? Seruan pergi berdemo?
Sama-samalah kita berpesan-pesan pada kebaikan.

19 April 2012

#TOLAK LGBT & Seks Bebas. Himpunan & Pendedahan Yang Dinantikan.


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Budaya Seks Bebas dan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) satu ancaman. Ayuh, sama-sama kita hadir bagi menyokong perjuangan ini demi masa depan anak bangsa Malaysia.

Program 
Kesedaran Ancaman Seks & LGBT
21 April 2012, Jam 2.30 Petang Di Stadium Bola Universiti Putra Malaysia 

Antara yang akan hadir:
En. Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), YB Datuk Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, YB Dato' Dr Hassan Ali, Presiden Jalur Tiga (JATI), Y.Bhg Datuk Dr Makmur Othman, Setiausaha Agung PPIM, Tuan Maulana Syed, Ketua Syura, Jemaah Tabligh Malaysia, Datuk Mohd Ali Baharom, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Malaysia (PVTM).
Mohd Jurid Ramli, Setiausaha Badan Gabungan NGO Malaysia, En. Sheikh Rizal, Waris Malaya, Sdr Hamidzun Khairuddin, Pengerusi GAPS, Sdr Mohd Shahar Abdullah, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (ALUMNI),  
En. Mohd Iqbal Ismail, Pengerusi Badan Bertindak PIBG Selangor.

++++
Apa Yang Kita Perlu Tahu  & Faham






 
p/s: Siapa di belakang gerakan yang menggerakkan budaya songsang akan didedahkan? Pendedahan yang sepastinya dinantikan.




Hadiah Buat 'PEJUANG' Mansuh PTPTN. Istimewa Buat PMI


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Entry yang lepas, MU telah selak dan dedahkan kepada rakan-rakan antara wajah-wajah yang turun bersama-sama berdemo pada 14 April yang lalu. Mungkin poster yang lepas agak kurang jelas, kalini MU bawakan poster yang sepastinya lebih menarik untuk kita kongsi dan sebarkan kepada rakan-rakan.

 +++

Selain mahasiswa kaki demo, boleh juga kita gelarkan mereka sebagai
Parasit-Parasit Persatuan Mahasiswa Islam (PMI).

                                                                                    
MU bukan sesuka hati nak bagi gelaran ini, tetapi mengenangkan mereka yang berdiri atas kapasiti pemimpin Persatuaan Mahasiswa Islam seronok memperlekehkan agama dengan tindakan yang agak ‘di kepala lutut’,
maafkan MU ya.

Tengok, Nilai & Hadam.


Lihat, bagaimana kepimpinan ini gagal menegur sahabat- sahabat mereka ini.
Solat tiang agama. Malaysia bukannya dalam keadaan darurat sehinggakan kita tidak boleh ke tempat yang lebih sesuai untuk solat. Sekurang-kurangnya, ternyata bersih dan suci tempat kita bersujud kepadaNya.

Kes anak cina yang mempermainkan solatni, lagilah MU panas dibuatnya.

Tak apalah, MU hadiahkan hadiah ini buat ‘mereka’.

Maaflah yang ni sample sahaja. Originalnya, MU percaya ‘mereka’ sudah maklum.

Lebih lagi di Malaysia Bangkit



p/s: Dengar cerita, Pengerusi SMM sedia nak berdebat. Tahniah juga sebab berjaya tubuhkan ‘Universiti Dataran Merdeka’.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?