SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN

28 Februari 2012

Pilihan Raya Kampus TAK BEST, Buang Masa?


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Sebelum ini MU pernah berkongsi artikel Pilihan Raya Kampus daripada akhbar Sinar Harian. Kali ini MU cuba berkongsi dengan rakan-rakan dari kacamata MU sendiri. Mungkin lebih jelas di tempat MU menuntut, di Utara tanah air.

Bahang atau aura pilihan raya kampus mula terasa. MU percaya bukan sekadar di IPTA tempat MU menuntut malah di seluruh tanah air. Ada yang mewar-warkan PRK dalam bulan Mac atau April akan datang. Benarkah? Tunggu dan lihat.

Percaya atau tidak, pilihan raya kampus (PRK) sebagai satu perayaan kerana disambut setahun sekali. Pasti kehadirannya dinanti-nantikan bagi yang mengikuti perkembangan politik kampus. Situasi yang berbeza pula bagi mereka yang di atas pagar, sekadar hanya turun mengundi kerana mengikut kawan-kawan ataupun sekadar suka-suka.Di tempat MU, sistem e-voting dilaksanakan. Antara keempat-empat IPTA di utara, hanya Universiti Sains Malaysia (USM) yang menggunakan kaedah manual. 

MU percaya rakan-rakan yang prihatin dengan politik kampus maklum dengan isu-isu seperti ini. Harapan MU, biarlah PRK itu menjadi hari raya yang indah buat warga kampus. Dipimpin oleh barisan kepimpinan mahasiswa yang rasional dan matang baik dari akal dan juga tindakan. Tidak perlu keindahan dan kehamonian kampus diconteng-conteng seperti di negara luar.

MU terbaca bahawa ada segelintir mahasiswa yang menyifatkan
 PRK di universiti mereka TAK BEST kerana tidak seperti di universiti-universiti lain khususnya IPTA di zon tengah.

Persoalan?
1.    Sila justifikasikan istilah best.
2.    Universiti mana yang dikatakan best.
3.    Perlukah tak aman kampus semata-mata untuk best?

+++

Melihat kepada PRK yang lalu dan sekarang dan perbandingan PRK IPT lain
UUM di antara universiti yang mengamalkan konsep aman dan harmoni
kita akur bahawa UUM tidak sehebat spt UM,UKM tetapi kita lebih kepada konsep PRK aman kampus di mana tiap kali berlansungnya pilihanraya kita masih lagi memegang atau mengamal nilai -nilai atau etika sebagai pelajar universiti. Kita menolak segala perkara yang boleh memberi kesan yang tidak baik seperti rusuhan atau demonstrasi. Setiap perwakilan yang dipilih kita menggalakan supaya sedar akan tanggungjawab sebenar sepagai pelajar dan pada masa yang sama melakukan sesuatu atau dengan kata lain memberi sumbangan kod universiti.
 - Amer Izzudin Abdul Rashid, YDPMPP UUM

Bagi MU, syukur berada dalam kampus yang aman. Jauh daripada anasir-anasir politik luar yang tidak sihat. Tak perlulah nak famous ibarat Adam Adli, Ahmad Syukri Abdul Razak dan geng-geng yang sekadar mengejar populariti semata-mata. Sebagai mahasiswa, kita tak perlukan barisan kepimpinan yang hebat bermanifesto, gagah di alam maya, lemah dalam emosi dan diperkuda semata-mata. Bila menang, bersuara dan bertindak dengan demonstrasi semata-mata.

Sepatutnya, PRK TAK BEST apabila,

Kepala khinzir di dalam masjid ?
Sudah dikapankan?
Masturah: Kisah calon yang hilang?

UPSI: Mahasiswa yang malam-malam buta baring tengah jalan?
UPM Black Day: Hero yang berada di mana-mana

Inikah yang dikatakan BEST ?
Sila renungkan. Pilihan di tangan anda.

Moga Pro-Aspirasi akan terus mengungguli kepimpinan mahasiswa di seluruh IPT Malaysia.


“Wadah Penggerak Mahasiswa”

p/s:
1.    Butthurt ni salah seorang admin di MU. Gaya penulisan kami mungkin berbeza tapi mesej kami sama.
2.    Nak ajak rakan-rakan MU ushar blog Suara Baru. Perkongsian yang menarik.

LYNAS: Adam Adli di mana mana.

Selamat pagi, salam perpaduan, salam Aspirasi dan salam 1Malaysia.

Skema kemain I hari nie ye? Sebenarnya, pepagi yang nyaman nie I nak membincangkan isu yang sedang hangat bak pisang goreng Mak Jemah tepi jalan pergi Kuala Perlis tu. Ehem.

LYNAS.

Kenapa projek ini dipolitikkan? Believe me or not, bila mereka yang membangkang ini memerintah nanti, kilang LYNAS akan tetap dibina sebab ia merupakan salah satu sumber ekonomi negara. No? Tipulah kalau suatu hari nanti diorang tak bawa LYNAS kembali bila diorang memerintah. Jenis jenis meludah ke langit nie kita bukannya boleh kira sangat. Tak gitu?

Pemahaman simple yang I dapat from my friend,

"Lynas in simple explanation. 'Nadir bumi' itu adalah seramik. Dinding bilik/rumah kita penuh dengan seramik. Ia adalah radioaktif yang very mild. Seramik yang sama digunapakai untuk buat smartphone, TV LCD, notebook, etc. Suddenly benda benda yang dah biasa ada keliling kita, untuk buat kilangnya, kita taknak. Langsung tak logik"
-my friend lah :)

Satu kelemahan kita rakyat Malaysia nie, bila dibisik dengan perkara negatif, langsung terus lupa untuk mencari kebenarannya. Bukan macam tu? Contohnya lah kan, contoh: "LYNAS nie akan bagi kesan radiasi, nanti anak cacat, bla bla bla," Hamboi, kemain kau Senah ye? Yang bergayut telefon berjam jam tu bukan radiasi ke akak?

Nah tengok banyak mana kita terdedah kepada radiasi setiap hari tanpa LYNAS.

-Dedahan radiasi kepada paru-paru apabila kita merokok sekotak sehari selama setahun (150smSv)
-Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9smSv)
-Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8 jam sehari selama setahun (0.02smSv)
-Dedahan radiasi oleh kilang LYNAS pada orang awam selama setahun (0.002smSv)

Ini yang dah dipendekkan, kalau nak lebih, baca lagi kat sini.

*******************************************************************************

Sekarang nak bebel pasal Adam Adli pulak.

Tahulah awak ikon student power tu, ikon yang dipuja puja dibangga bangga. Ceh! Dahlah. Awak memang suka eh demo demo nie? Asyik baca pasal awak kat blog, bukak youtube tengok muka awak, boleh jatuh cinta tau! Sampai ke Pahang nun awak berjalan, banyak duit bang? Dapat sponsor ke? Hehe.

Okay macam nie lah. Cuba baca ayat di bawah dengan nada paling kuat, fahami dengan sungguh sungguh, masukkan dalam otak, dalam hati. Boleh? 

WE ARE NOT ALL ADAM ADLI.

Faham? So Adam Adli, tolonglah jangan suka suka hati buat statement macam awak tu ketua semua mahasiswa dalam Malaysia nie? Eh, saya tak mengiktiraf ketuanan awak tu tau. Cuba belajar sebut macam nie, "Kami sebahagian kecil mahasiswa, bla bla bla.." Boleh? Kalau tak boleh cakap macam tu, nak macam cool sikit boleh cuba ayat ini, "Kami mahasiswa yang seciput, turun berdemo, bla bla bla..." Cer try praktis sedar diri sikit. Boleh? Tak boleh jugak? Patutlah kena gantung belajar.

 

Konon sanggup kena buang universiti bagai demi rakyat Malaysia. Ada diorang kisah pasal awak? Tak payah nak cari publisiti murahan sangatlah. Tak payah nak jadi hamba politik sangat lah. Boleh? Tak boleh jugak? Awak nie apa yang boleh? Demo je eh?

Dahlah. Malas cakap banyak pasal awak. Saya cuma mampu berdoa semoga suatu hari nanti, Allah akan turunkan hidayah-Nya, memberikan petunjuk kepada awak dan rakan rakan. Tak perlu nak student power sangat, kalau betul awak student yang power, tak kena gantung lah. Betul tak?

Saya mahasiswa dan saya menyokong LYNAS. Saya percaya ramai lagi mahasiswa yang turut menyokong LYNAS nie sebenarnya. Sekali lagi saya tegaskan, jangan gunakan nama mahasiswa sebagai alasan. We are not all Adam Adli. Saja nak ulang banyak banyak kali. We are not all Adam Adli. #okbai

******************************************************************************* 

Konklusi yang dapat I buat, we are what we eat. Tetiba. Kalau you sokong LYNAS, then sokonglah. Kalau tak suka then tak suka lah kan? Nak buat macam mana. But, please go find the truth. Jangan asyik mendengar dan mencerna maklumat dari mulut orang. Orait? Jangan baca satu blog, kendian terus buat konklusi sendiri. Jangan jadi manusia tipikal dan pemalas atau selamanya kita hidup dalam keadaan serba tidak tahu.

Antara list bahan bacaan yang menarik untuk dibaca kalau you all betul nak tahu pasal isu ini:

Pagi pagi dah peningkan diri sendiri. Dah lah. Bagi yang ada kelas tu, boleh lah mandi siap siap, yang tak ada kelas tu, buatlah apa yang patut. Apa yang penting, have a nice Tuesday! Salam :)

22 Februari 2012

JATI, Kuasa Ketiga. Pilihan atau Ancaman?


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia


  Jalur Tiga (JATI)
Memartabatkan Islam, Melayu dan Raja-Raja (IMR)
 
Tanggal 21 Februari 2012, pasti menjadi sejarah buat kepimpinan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sempena pelancaran Jalur Tiga (JATI) di SACC, Shah Alam.Dilaporkan lebih daripada 1000 orang yang terdiri daripada ahli akademik serta penyokong NGO-NGO Islam seperti ABIM, JIM, ISMA dan lain-lain turut hadir dalam majlis pelancaran berkenaan. Keahlian JATI juga mencapai lebih daripada 1000 orang hanya dalam tempoh lebih kurang dua minggu.

MU tertarik dengan pelancaran JATI kerana ingin melihat bagaimanakah JATI sebagai kuasa ketiga akan berperanan dan seterusnya mempengaruhi arus politik perdana khususnya dalam PRU ke-13 ini. Tambahan pula, perjuangan JATI yang berteraskan tiga prinsip iaitu memartabatkan Islam, Melayu dan Raja-Raja (IMR). Tidak dapat dinafikan juga kehadiran NGO lain seperti Perkasa dalam senario politik tanah air.

Ada yang menyifatkan kebangkitan kuasa ketiga hanyalah kerana kekecewaan terhadap Kerajaan  (kuasa pertama) dan juga pada pembangkang (kuasa kedua). Ada juga melihat kebangkitan kuasa ketiga bukanlah sebagai ancaman. Biar apapun pandangan dan penilaian, MU berpendapat ada atau tidak kuasa ketiga ini dalam politik pasti meninggalkan kesan. Jika tidak dalam PRU 13, mungkin dalam pilihan raya berikutnya. Dalam pilihan raya, yang pasti ia semua berkaitan dengan majoriti. Majoriti yang bawa kemenangan, dan majoritilah yang akan memerintah.

Jika kita melihat di luar negara yang mempunyai kerangka politik yang matang dan maju seperti di Amerika Syarikat dan England, ternyata kuasa ketiga telah pun mengambil tempat yang tinggi meskipun menang dalam relatif yang kecil. Sebagai contoh sewaktu pilihan raya di UK baru-baru ini, Parti Liberal Demokrat telah pun berjaya meletakkan calon mereka sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kemenangan dalam sesebuah pilihan raya adalah kerana majoriti. Kehadiran kuasa ketiga memecahkan jumlah menjadi 1/3. Namun, apabila digabungkan kuasa 1/3 ini baik bersama kuasa pertama mahupun kedua, itulah kuasa kemenangan. Kuasa 2/3 itulah majoriti. Sifir mudah. Begitulah juga dalam realiti pilihan raya kampus (PRK) yang hampir tiba.

MU petik kembali kata-kata Tun M mengenai JATI yang berkemungkinan boleh beri lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
"He (Hasan Ali) needs to explain the objective of his NGO because I feel many of such groups are splitting Malays in the country,".

Sejauhmanakah kuasa ‘kuasa ketiga’?
Adakah JATI sebagai pilihan atau ancaman? Kita tunggu dan lihat. 
Sayang apabila Melayu itu sendiri sukar menjadi satu.

p/s: Jom tengok video ni, Pelancaran JATI

20 Februari 2012

Pendedahan Eksklusif bersama BEKAS PMI. TOLAK PRO-M!


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Pernah dengar mengenai PMI?

Persatuan Mahasiswa Islam
MU kongsikan bersama rakan-rakan.
Pendedahan eksklusif bersama Azizul Hakim Abdul Aziz, PMIUM

Dengar, faham & hadam.

# part 1


  
++
 # part 2


 +++
# part finale


Fikirkanlah. Rakan ini telah insaf.
Moga tiada lagi yang akan terpedaya.

Lebih lanjut, <Klik>

MU tidak pernah membayangkan begini rupanya mahasiswa. Moga dapat disebarkan kepada rakan-rakan tentang siapa sebenarnya mereka. Sayang, jangan diperkuda atau diperalatkan rakan-rakan lain yang masih mentah lagi dalam dunia politik kampus.

p/s: Tertanya-tanya juga apa komen rakan-rakan di UM. Hurm, apa tunggu lagi? KONGSIKAN bersama rakan-rakan jika anda anti Pro-M.

Jom tolong ISRAEL??!!!

Salam keamanan, salam keamanan, salam keamanan dan salam 1Malaysia :)

Mesti butthurt je dengan tajuk Amoi kan? Maaf lah. Sindrom lama tak dapat tolong update di MU kesayangan. Cakap banyak pun tak guna kan?Jom kita tengok sikit apa hal penting Amoi nak sampaikan ke kawan kawan mahasiswa kesayangan semua (^_^)V

KEMPEN 
"PEACE FOR PALESTINE"

Wadah Penggerak Mahasiswa kepada Mahasiswa. Eh? Macam pernah dengar je ayat tu kan? Ape celop curi ayat orang. Hikhikhik.

Yeah. Siapa yang tak nak keamanan kan? Aman Kampus dah selesai pun fasa 1. Apa kata kali nie kita selaku mahasiswa bergabung dan menyuarakan suara keamanan buat Palestin?

Sebenarnya, macam yang semua boleh tengok, kempen Peace For Palestine ini dilancarkan oleh pihak Aspirasi dan penggerak mahasiswa di semua IPTA dan kempen ini merupakan sebahagian daripada usaha mahasiswa menyokong Palestin dan menolak Israel. Ehem. Siapa yang nak sokong Israel kan? Kecuali lah kalau dah dungu sangat. Ops.

So, Amoi nak menyeru semua rakan mahasiswa untuk turut sama menyokong kempen ini. Kalau ada aktiviti lain yang akan diakan semasa kempen nie nanti, Amoi dengan berbesar hati dan bukan badan untuk terus memaklumkan kepada rakan mahasiswa nanti. Orait? 

P/s: Sekurang kurangnya, marilah kita sama sama berdoa kepada Allah supaya selamatlah seluruh kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Islam itu kan bersaudara :)


TAHNIAH #AmanKampus. Fasa 1 selesai.


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

TAHNIAH #AMANKAMPUS


Sedia maklum bahawa Fasa 1bagi Aman Kampus telah berakhir. Jelajah selama 15 hari, sepastinya bukan sia-sia. Syukur, MU juga berkesempatan untuk bersama rakan-rakan Aman Kampus apabila jelajah di zon utara. Terima kasih kepada geng Aman Kampus.

Untuk berita dan rakaman gambar sepanjang program, MU cadangkan untuk rakan-rakan klik Harapan Esok & Double Ykerana rakan MU ini membuat liputan penuh sepanjang jelajah Aman Kampus. Baca ya.





Antara yang mencuri perhatian MU…

 Mohd Ikhwan Afiq Mohd Redzuan
Pelajar Tingkatan 5, SMK Syed Ahmad Tambun Tulang, Arau, Perlis
“Aman Kampus satu program yang menarik. Seronok dapat berjumpa abang-abang dan kakak-kakak yang begitu mesra dan ramah. Saya harap program ini akan berterusan”.

++
 Turut mendapat liputan oleh MHI
dari kiri, Nurul Shuhada, M. Zul, Ally Iskandar dan Shahar 

+++
 Persoalan oleh YB DS Dr Shahidan Kassim
ADUN Tambun Tulang
 “Adakah kerana kita menukar baju, kita mengubah sikap?”
Selain itu DS turut berharap agar #AmanKampus lebih baik daripada TAK #AmanKampus.

p/s:  Fasa 1, Mahasiswa Bersama Masyarakat dah selesai. Kita tunggu Fasa 2 pula ya.

19 Februari 2012

Pakat Mai pi Pesta Buku Utara 2012


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Mula-mula sekali, MU nak ucapkan
Selamat Kembali ke Kampus
Buat rakan-rakan mahasiswa di seluruh tanah air.

Permulaan semester baru ini, MU nak war-warkan mengenai pesta buku yang baru sahaja bermula pada hari ini khususnya buat rakan-rakan IPT Zon Utara.
     
Pesta Buku Utara 2012
Bermula 19 hingga 23 Februari 2012
Bertempat di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyyah, Universiti Utara Malaysia



Buat rakan-rakan yang masih lagi mempunyai Baucar Buku1Malaysia, inilah masanya  untuk membelanjakan baucar anda.


16 Februari 2012

Pilihan Raya Kampus


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.
 
SHAH ALAM - Kewajaran mahasiswa terlibat dalam politik telah lama diperkatakan, sama ada politik kampus ataupun politik negara melibatkan parti-parti tertentu. Rata-rata penuntut yang ditemui bersifat berkecuali daripada terlibat dengan politik tetapi tidak menolak untuk menyokong mana-mana pemerintah.
Saban tahun ratusan mahasiswa mendaftar di universiti dan kolej dengan pelbagai keinginan, matlamat dan gaya penampilan untuk menambah ilmu di dada. Teruja mengulang kaji pelajaran untuk mendapat segulung ijazah dalam pelbagai bidang di menara gading. 

Kehidupan yang mencabar di kampus sedikit sebanyak mempengaruhi kecenderungan mereka bertembung dengan isu semasa yang melibatkan kepemimpinan, keilmuan, pergerakan politik dan perjuangan peribadi.
 
Namun dicelah-celah kekalutan menimba ilmu terdapat segelintir penuntut yang membawa fahaman politik masing-masing di luar ke dalam kampus. Tidak salah jika mereka ini hanya sekadar berpolitik di dalam kampus untuk bertanding merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), sekali gus melahirkan mahasiswa lebih berintegriti.
 
Sebaik menjejak kaki di kampus, mahasiswa dihidangkan dengan satu fenomena yang dinamakan politik kampus bagi melantik pemimpin dalam kalangan mereka. Golongan inilah antara prospek kelompok boleh dipergunakan oleh mana-mana pihak yang melihat mereka mudah dipengaruhi.
 
Maka pada sesi tertentu penamaan calon dan perang poster rancak dijalankan bagi membolehkan calon-calon terbaik bertanding seterusnya menjawat jawatan dalam MPP.
 
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Siva Murugan berkata, setiap penuntut di universiti atau kolej boleh berpolitik di luar, tetapi haruslah memelihara keharmonian kampus yang merupakan kawasan neutral.
 
“Pada saya tidak salah sekadar berpakaian logo parti politik, tetapi mereka tidak boleh mengedar risalah dan mendaftar ahli baru ketika di kampus. Jika ingin membuka blog itu terpulang kepada mereka.
 
“Memandangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) akan dipinda adalah menjadi tanggungjawab universiti untuk mengimbangi kedudukan menuntut. Layan mereka sebagai seorang yang matang, jika berlaku sesuatu tidak diingini di luar kampus biarlah pihak berkuasa yang menentukan hukumannya,” katanya.

 
Tanggungjawab matangkan mahasiswa
 
Pengalaman menguruskan proses pilihan raya di kampus boleh mematangkan penuntut yang menerajuinya dan ia boleh dijadikan pembelajaran terbaik. Memegang jawatan sebagai pemimpin pelajar ketika berada di kampus boleh menjadikan seseorang penuntut lebih bertanggungjawab dan mewujudkan jati diri yang tinggi.
 
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamad Maliki Mohamed Rapiee berkata, tempoh pengajian di universiti ialah ruang untuk mahasiswa mempersiapkan diri bagi menghadapi dunia sebenar.
 
“Penglibatan mereka dalam politik kampus adalah salah satu proses pembinaan karakter dalam kepimpinan. Setiap pengalaman seharusnya menjadi pembelajaran yang sangat berguna.
 
“Mahasiswa mesti bersikap terbuka dan ikhlas dalam perjuangan, nilai dan ideologi yang dipegang tidak pula membolehkan dia menolak dan memusuhi pihak lain yang tidak bersependapat dengannya,” katanya.
 
Maliki berkata, mahasiswa juga harus berani menentukan jati dirinya tanpa terikut-ikut dengan gaya serta tingkah laku pihak lain, terutama ahli politik luar yang mengamalkan sifat permusuhan dan radikal.
 
“Sebaliknya, mahasiswa harus mampu mencorakkan persekitaran yang sepatutnya dicontohi oleh masyarakat di luar sana. Barulah mahasiswa layak disebut sebagai agen transformasi," katanya.
 
Penuntut sudah terdedah dengan amalan berorganisasi di mana jawatankuasa MPP diwujudkan. MPP ditubuhkan melalui proses pilihan raya kampus di mana calon yang layak bertanding akan berkempen dalam tempoh diberikan.
 
Semua penuntut diwajibkan mengundi untuk memilih ahli MPP pada hari pengundian. Pegawai Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab menyelia sepenuhnya aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa MPP ini.
 
Melalui Jawatankuasa MPP, penuntut diberi peluang untuk menyuarakan pandangan, komen yang membina bagi pembangunan pembelajaran dan pengajaran dalam program pengajian mereka.
 
Melalui penyertaan pilihan raya kampus calon dan petugas kempen, berpeluang berpolitik dalam kampus. Konsep demokrasi, kepimpinan dan pengurusan yang biasanya diperkenalkan daripada membaca buku, dapat difahami melalui latihan sebenar ketika pilihan raya kampus.

Selain bakat pemimpin dapat dicungkil melalui pidato dan perdebatan.

 
Kewajaran Auku
 
Kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) ketika era Tun Hussain Onn menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati kerana mengekang kebebasan mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas.
 
Namun, kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberi jaminan akan kesediaan kerajaan untuk berbincang dengan semua pihak termasuk daripada wakil mahasiswa bagi meminda Auku yang dilihat sebagai penghalang kepada mahasiswa untuk menyatakan pendirian dan pendapat tentang sesuatu isu.
 
Tujuan utamanya adalah untuk melonggarkan peraturan sedia ada supaya mahasiswa dibenarkan terlibat dalam politik. Perkara tersebut wajar, disebabkan mahasiswa diajar bersuara jika tidak puas hati tetapi apabila mahu membuka mulut di gelanggang politik, mereka ‘dipancung’. Situasi itu menimbulkan tanda tanya di mana kedudukan mahasiswa dalam senario politik negara?
 
Profesor politik dan Kerajaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Jayum Jawan berkata, masyarakat perlu bersikap terbuka melihat senario ini dan jangan membandingkan dengan kebangkitan mahasiswa zaman dulu kerana politik kini sudah berubah dengan pelbagai angin pembaharuan dan jika golongan itu terus disekat, ia memberi impak lebih buruk pada masa depan.
 
Bagi aktivis-aktivis kampus demokrasi, pilihan raya kampus merupakan peluang keemasan untuk menjalankan kempen kesedaran demokrasi bagi mentadbir kampus dalam kalangan mahasiswa.
 
Ruang berpidato dan perbahasan dalam kalangan calon-calon yang membawa manifesto masing-masing dilIhat sangat berkesan dalam mempertingkatkan kesedaran mahasiswa dalam politik kampus. Calon dan petugas perlu berkempen memperkenalkan diri dan konsep demokrasi kepada warga kampus lain.
 
Pilihan raya kampus adalah wacana penting untuk warga kampus menghayati politik sebenar. Pihak universiti perlu menggalakkan mahasiswa mengambil bahagian secara aktif dalam pilihan raya kampus.
 
Universiti perlu memberi kuasa sepenuhnya kepada MPP untuk menjalankan pilihan raya kampus sendiri dengan hanya menjadi pemerhati. sahaja walaupun politik kampus seolah-olah tidak berpengaruh.

Sumber: Sinar Harian
                                                  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?