SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN

31 Januari 2012

BB1M: UUM Kesal Tindakan Pelajar



SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) akan memanggil 113 pelajarnya yang disyaki terbabit dengan kes penjualan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada sepasang suami isteri untuk siasatan sebelum mengambil tindakan sewajarnya. 
Naib Canselor UUM, Datuk Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata semua pelajar terbabit yang sudah dikenal pasti identitinya itu akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak universiti sejurus semester baru bermula pada 18 Februari ini. 
Beliau berkata, UUM kesal dengan tindakan pelajar terbabit yang menyalahgunakan baucar diberikan kerajaan untuk meringankan beban pelajar membeli buku akademik, dengan menjualnya kepada pihak lain. 
“Justeru, kita akan panggil semua yang terbabit yang mana majoritinya pelajar lelaki sejurus tamat cuti semester ini, untuk memberi penjelasan berhubung kes berkenaan dan akan mengambil tindakan jika perlu. 
“Bagaimanapun, kesalahan ini tidak boleh diletakkan di atas bahu pelajar semata-mata kerana ia tidak akan berlaku jika tidak ada pihak yang menawarkan perkhidmatan membeli baucar buku berkenaan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di UUM, semalam. 
Beliau mengulas kes penjualan BB1M membabitkan 113 pelajar UUM kepada pasangan suami isteri dengan harga RM180 sebagai pertukaran bagi baucar bernilai RM200, dengan RM20 adalah keuntungan suspek. 
Pasangan berkenaan berusia lewat 30-an yang dikatakan memiliki kedai buku di ibu negara ditahan polis malam kelmarin selepas siasatan mendapati mereka mendalangi kegiatan yang didedahkan media sebelum ini.  
Mengulas mengenai tangkapan itu, Mohamed Mustafa berkata, pihak pengurusan UUM mengesan mengenai kegiatan pasangan terbabit pada 9 Januari lalu, selepas suspek dikatakan menampal poster iklan berhubung perkhidmatan pembelian baucar berkenaan di sekitar kampus sebelum menjalankan siasatan. 
Katanya, pasangan suami isteri itu dikatakan menyewa di sebuah apartmen milik UUM untuk memudahkan urus niaga penjualan baucar itu dengan pelajar universiti terbabit. 
“Kita sudah bertindak awal dengan melaporkan kes ini kepada bahagian keselamatan UUM untuk siasatan sebelum berjaya memberkas pasangan berkenaan dan diserahkan kepada polis,” katanya. 
Sementara itu, Mohamed Mustafa, berkata pihaknya menyifatkan ia adalah kes terpencil memandangkan jumlah pelajar UUM yang terbabit dengan kes berkenaan adalah terlalu kecil iaitu 113 orang, berbanding 30,000 pelajar universiti itu yang mendapat BB1M.
“Saya percaya semua pelajar terbabit menyesal dengan perbuatan mereka selepas terpedaya dengan tawaran diberikan individu yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya. 
Difahamkan, pasangan suami isteri berkenaan ditahan bahagian keselamatan UUM pada 15 Januari lalu kira-kira jam 3 petang di dalam apartmen yang disewa mereka. 

Sumber: Berita Harian
++++

MU petik daripada seorang Pengetua DPP di UUM.
 Pengetua sakit hati dan suruh pindah DPP?
Alahai, rasanya bukan Pengetua sahaja yang sakit hati.
Kalau disabit salah, kena penjara lagi sia-sia.

=====

Semoga siasatan ini mampu membuka mata semua untuk lebih prihatin baik mahasiswa mahupun mereka yang ingin mengambil peluang ke atas mahasiswa.

Sebagai mahasiswa, MU boleh faham rasanya dengan rakan-rakan semua. Harap 113 rakan-rakan siswa yang dipanggil dapat memberikan kerjasama sebaiknya.

Agak-agak, bagaimana pula kisah rakan-rakan yang lelong kat mudah.my ya? Belum lagi kedai-kedai buku yang lain.


Selamat menggunakan BB1M dengan sebaiknya !

KUIN & AUKU: SMM vs PAS. Jangan lupa Karpal ?



Salam perpaduan & Salam keamanan.

Isu KUIN: Pengantungan 5 pelajar ‘bertuah’ & AUKU

Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

PAS TAK Serius Pertahan Isu Mahasiswa ?
SMM Mahu Temu Presiden PAS?

Cuba lihat. Gerakan mahasiswa yang kononnya memperjuangkan kebebasan akademik ini bersuara kepada siapa?


Anwar Ibrahim, Abdul Hadi & Lim Kit Siang yang menjadi pilihan?

MU belek-belek twitter DSAI & Presiden PAS berkenaan masih belum ada jawapan.

Cuba baca respon ni. <Respon Ketua Pemuda PAS>


======= ++++ ========

Sumber: Sinar Harian
 +++

A kata dah hantar memorandum.
B kata tak ada.
Main drama tolak tarikkah, mungkin?

+++
“Kalau dengan kerajaan Umno-BN pun kita berunding mengenai AUKU, menteri pengajian tinggi dan timbalannya juga kita jumpa untuk bincang tapi mengapa dengan menteri besar Kedah kita pelakukan lebih teruk daripada BN?”
"Sehingga ugut beliau keluar PAS, saya tidak nampak rasional melainkan saya bimbang ia adalah usaha untuk menjatuhkan reputasi dan kedudukan menteri besar Kedah...saya bimbang begitu tapi saya harap ia tidak berlaku,".
-       Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS


=======+++++========
 SMM ada berani nak serang Karpal Singh?
Macam ralat je bila seorang sahaja diserang.
Ini tidak adil !

p/s: Geng SMM ni terkenal dengan ‘kreatif’ sebagai contoh kes pocong tempoh hari. Belum lagi drama di UPSI. Agak-agak, happy ending story ke?

# Tunggu 12 Mac nanti untuk kes KUIN.

27 Januari 2012

AUKU Pilih Bulu?



Salam perpaduan & Salam 1 Malaysia.

AUKU pilih bulu, menghias ruang dada Sinar Harian hari ini. Liputan penuh dalam 4 halaman hasil dari wacana siri 10 Sinar Harian; Masih Relevenkah AUKU?

Antara ahli panel yang hadir ialah:
  1. Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
  2. Naib Canselor Universiti Selangor, Prof Dr Anuar Ahmad
  3. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Maliki Mohd Rapiee
  4. Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah.
  5. Pakar undang-undang dan perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari
Moderator pula ialah Amin Idris, Pengacara TV Al-Hijrah.

Turut dilaporkan Adam Adli Abdul Halim juga turut hadir dalam wacana ini.


MU dapati bual bicara ini sangat menarik.

Kita lihat pula bagaimana kata Tun M tentang AUKU.
  
AUKU relevan bagi orang tidak tahu jaga diri -Tun M

Bagaimana pula rakan-rakan siswa?
Relevankah AUKU?
Pandai menjaga dirikah semua?

p/s: Berita penuh ada dalam Sinar Harian. Selamat membaca.


+++ Dapat tau siapa yang jual baucar BB1M boleh didakwa bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, boleh kena penjara sampai 5 tahun, denda dan sebat. Kepada yang berkenaan, sila ambil perhatian ya ! <klik>

26 Januari 2012

AWAS Facebook DIGODAM Sabtu ini?



Salam perpaduan, Salam keamanan & Salam 1Malaysia.

Baru-baru ini dunia maya digembar-gemburkan dengan satu video kontroversi mengenai sekumpulan anonymous yang akan menyerang Facebook pada 28 Januari 2012, Sabtu. 

Kumpulan ini dilaporkan telah menggodam beberapa laman penting seperti Department of Justice (DoJ), Recording Industry Association of America (RIAA), the Motion Picture Association of America (MPAA), Universal Music, CBS dan Vivendi. <senarai laman>

Persoalannya kini, adakah mereka akan menggodam Facebook pula?

MU cuba membuka video berkenaan di Youtube untuk dikongsi bersama rakan-rakan.

Even though the social networking site has at least 60,000 servers, it is very much possible to bring it down.
 Namun, video berkenaan sudah tidak boleh dibuka.

MU terjumpa pula statement ini.
 
 
Kumpulan ini mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan mengodam Facebook.
Cuba cek <twitter> ni. 

Ancaman seperti ini pernah dikeluarkan pada 5 November yang lalu, namun tidak ada apa-apa yang berlaku. 

Kita lihat pula apa kata jurucakap Facebook.
Facebook dah ambil tindakan yang sewajarnya untuk para pengguna.

p/s: Sama ada betul atau tidak bahawa Facebook akan digodam atau tidak, kita tunggu dan lihat. Kita serahlah pada Mark Zuckerberg dan kepada yang nak godam tu. Kita sebagai pengguna Facebook, gunakanlah sebaiknya untuk bermuka buku.

Kepada yang nak ceburi bidang “hacking”, silalah gunakan ilmu tersebut untuk benda-benda yang berfaedah. Tak usahlah nak hack.

25 Januari 2012

Mahasiswa: Jagalah Hubungan Baik Sesama Kita


Salam perpaduan, Salam keamanan & Salam 1Malaysia.

# MU ambil dari artikel bertajuk Hubungan Baik Sesama Siswa Patut Diutamakan.
Jom baca !

Siswa & Siswi
===========================================


KETIKA ini puluhan ribu mahasiswa dengan pelbagai kecenderungan, keinginan, matlamat dan gaya penampilan sedang membina kecerdikan sebelum diijazahkan dengan pelbagai ilmu di menara gading. Kehidupan mereka di kampus tersedia dengan cabaran, likuan dan dugaan. Bergantung kepada kecenderungan mereka memilih untuk bertembung dengan isu semasa, kepemimpinan, keilmuan, pergerakan politik, perjuangan peribadi dan selebihnya kelompok kecelaruan mencari pengertian hidup atau membiarkan masa menentukan perjalanan mereka.

Kelompok mahasiswa aktif berpersatuan giat dalam merancakkan suasana kampus dengan pelbagai aktiviti keilmuan, kemasyarakatan dan pembangunan potensi diri terkecuali daripada tergolong dalam kelompok kecelaruan peribadi.

Golongan mahasiswa yang tiada matlamat, visi dan penampilan intelektual ini terdedah kepada dunia luar bersifat negatif seperti terbabit dengan budaya liar, seks bebas, pesta hiburan, murtad, jual maruah, hedonisme dan sebagainya. Terlalu bahaya sekiranya kuatnya falsafah keseronokan jiwa lebih mencengkam pemikiran pelajar dan mereka meletakkan keutamaan dalam kehidupan kampus. Terpinggirnya mereka daripada aktiviti kampus yang lebih tertumpu kepada pemupukan ilmu dan kekuatan agama menjadikan kelompok ini kian terbiar dan berhadapan kemusnahan masa depan.

Sebaik menjejak kaki di kampus, mahasiswa dihidangkan dengan pelbagai kemelut yang menguji tahap keimanan, kemantapan jati diri dan kekuatan rohani. Bila berjauhan daripada keluarga, kebebasan dimiliki bukanlah tiket mendapatkan kepuasan diri secara mutlak.

Mendekati rakan yang elok akhlaknya dan kuat ibadatnya kepada Allah SWT antara cara membina ketahanan diri daripada melakukan perbuatan mungkar. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredaan-Nya; dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia ini, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (Surah al-Kahfi: ayat 28)

Sebenarnya peluang dan dasar keterbukaan kehidupan kampus perlu direbut oleh siswa sebagai persediaan ke arah kerjaya dengan memperoleh pengalaman pengurusan persatuan, kepemimpinan, penerbitan, pembinaan rangkaian perniagaan serta pembinaan penampilan diri yang terbuka dan bijak.

Pemandangan kurang menyenangkan apabila kita melihat ada sebilangan siswa dalam kelompok yang tidak mencerminkan kebijaksanaan daripada pertuturan, pemakaian, pergaulan dan cara bertindak. Golongan inilah antara prospek kelompok boleh dipergunakan oleh mana-mana pihak yang melihat mereka mudah dipengaruhi dan boleh diaruskan akal dan pilihan tindakan. 

Dalam konteks Islam, keperluan wujudnya golongan melakukan amal makruf dan nahi mungkar di dalam sesebuah penempatan, kawasan dan komuniti. Dalam masyarakat kampus, penempatan siswa yang datang dari pelbagai kelompok, daerah dan pedalaman terpencil akan membawa masuk ke kampus dengan pelbagai gelagat, budaya serta bentuk cara hidup bervariasi. Semuanya terkandung nilai kebaikan mahupun tidak bermoral. firman Allah SWT: “Dan hendaklah (sebahagian) kamu menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh yang makruf serta melarang daripada yang mungkar. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Ali Imran 3:104)

Oleh itu,
perlulah mahasiswa membentuk kumpulan memainkan peranan mengajak rakan seperjuangan ke arah kebaikan serta menasihati atau istilah ‘mendekati’ kelompok terbabit melalui pendekatan sederhana dan berhikmah, bukan memilih untuk menghukum, memberi label, memulau dan memisahkan kelompok ini daripada aktiviti yang dianjurkan.

Kecenderungan pimpinan mahasiswa dalam kelompoknya atau mana-mana persatuan memisahkan atau memberikan tanggapan negatif kepada segelintir siswa dilihat bermasalah, kecelaruan peribadi dan kelihatan berbeza penampilan melangkau norma wajar diperbetulkan. Kita khuatir dengan pemulauan dan pemisahan dalam konteks hubungan sesama pelajar menjadikan kelompok ini terdedah mencari perlindungan luar berbaur maksiat, penyalahgunaan dadah, dan lebih parah apabila memilih untuk murtad.

Menghidupkan suasana hubungan sesama pelajar terjalin dengan harmoni menjadi tanggungjawab utama ke arah menjadikan mahasiswa lebih dihormati, lebih terarah kepada ilmu dan kekuatan ilmu. Selagi wujudnya kegagalan membentuk suasana baik di kampus, maka peningkatan kes tidak bermoral, salah laku dan kadar jenayah sosial dalam kalangan mahasiswa terus diperkatakan.

Sebaiknya kepemimpinan di kampus menekankan aspek hubungan baik sesama pelajar dan memberi penekanan kepada matlamat persatuan adalah menyatupadukan masyarakat pelajar untuk mengelakkan wujudnya kelompok kecelaruan peribadi.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kalian melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya. Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya), yang sedemikian selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim) 

Sumber:  <Berita Harian>

++++

p/s: Ada benarnya apa yang cuba disampaikan penulis. Sebagai mahasiswa, sesama rakan kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga hubungan baik antara satu sama lain. Barisan kepimpinan pelajar pula dilihat sebagai role model kepada rakan-rakan. Kadangkala, hanya kerana sedikit perbezaan, kita susah untuk menerima antara satu sama lain. Jangankan terlalu sibuk atau terlalu mengurung diri di biliki kononnya, sehinggakan jiran sebelah bilik pun tak dikenali. Tak seronok la....

MU nak ajak rakan-rakan yang kaki 3K (Kuliah, Katil & Kafe) untuk turut sama-sama aktif berpersatuan. Yang dah aktif, ajaklah rakan-rakan untuk sama-sama aktif. Bukan nak kata akademik tak penting, tapi perlu diseimbangkan. Masa temuduga kerja nanti, soft skill yang kita dapat dari luar bilik kuliah nilah yang akan jadi bonus membezakan kita dengan calon lain kelak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?