SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN

31 Disember 2011

Tahun baru, MyKad baru



Salam perpaduan & Salam 1 Malaysia….

Sempena tahun baru menjelang tiba, bukan sekadar duit baru sahaja dilancarkan bahkan MyKad baru yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini juga turut dilancarkan.

Sila banding dan beza.

Apa macam, smart tak? Yang sebelah kanan tu, MyKad yang baru.

Kita digalakkan untuk tukar kad yang baru. Kepada yang berminat, boleh tukar bermula:

3 Januari 2012: JPN Putrajaya & JPN Shah Alam
&
Selepas 15 Februari 2012: di seluruh negara


“MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ciri-ciri MyKad baru

MyKad baru ini diperbuat daripada bahan polikarbonat + cip baru yang menjadikannya lebih tahan + “ghost image” – teknologi tulisan laser pada permukaan.  <pening kepala mereka-mereka yang buat bisnes MyKad>.


Tahun baru, sem baru, MyKad baru. Jom tukar MyKad.

p/s: Malulah kalau MyKad status warganegara Malaysia, tapi *macam-macam.

28 Disember 2011

DOM: AUKU & Kebebasan Akdemik


Salam rakan-rakan,
DOM acara bulanan anjuran Biro Penulis Muda PENA

AUKU & KEBEBASAN AKADEMIK
Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA),
Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur,
31 Disember ini, jam 10 pagi. 


Panel-panel:
1.      Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mohd Farid Zuhri Ismail
2.     Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Undang-undang) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohd Khairul Anwar Ismail.
3.     Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syukri Abd Razab
4.     Felo Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM), Asyraf Isyraqi Jamil
Moderator: Hazwani Rameli, penulis muda, penulis kreatif

Ramalan, akan jadi sesi DOM yang sangat menarik. Apabila generasi baru berbicara. Pasti sesi dialog ini akan menjadi tumpuan bukan sahaja di kalangan mahasiswa bahkan rakyat Malaysia amnya.--<Tunggu & lihat>.

** oops, banyak sungguh peristiwa 31 Disember ni. Tambah lagi ada hajat nak buat perhimpunan 16 jam. Macam-macam. Moga tirai 2011 berakhir dengan sejarah yang membina dan bermakna.


















31 DISEMBER 2011...Adam Adli Melakar Sejarah Lagi?!!!

Seperti yang dilaporkan oleh mStarOnline, satu lagi Perhimpunan 16 jam akan diadakan oleh sekumpulan mahasiswa di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). kenapa tak wat jer Demonstrasi 16 jam?? ke dah tak larat nak berarak dan menjerit2...16 jam tu der..



Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razak yang dipertik dalam dalam portal Malaysiakini sebagai berkata, perhimpunan itu akan bermula dari dari pukul 9 malam pada 31 Disember sehingga 1 petang keesokan hari. Jelasnya, malam tersebut dinamakan sebagai 'Malam Talkin untuk AUKU' (Akta Universiti dan Kolej Universiti)Malam Talkin untuk AUKU ke atau Malam Talkin Perpisahan 1001 KenanganKU ADAM-UPSI?? (ramai ke yang akan meraikan pemergian Adam Adli nanti?)

*Pernah ada...rasa cinta...(ADAM-UPSI) antara kita kini Tinggal Kenangan...

"Tindakan kita duduk (di situ) sebagai simbolik. diadakan juga ucapan daripada pimpinan pelajar termasuk Adam sendiri," kata Ahmad Syukri. Simbolik?? Oh ya, simbolik bagi merayakan TARIKH KERAMAT PASANGAN SEJOLI... "Abg dah nak terima keputusan, awak baru nak bacaan kes yer? xper..t abg bantu awak k..=p" Bagus la puak depa ni.. MU pun tak rajin nak wat celebration mcm nieyh..



"Kau dan Aku adalah satu tak kira apa...Segala rintihan aku engkau...Selalu ada..."


Malam bersama pimpinan pelajar atau pimpinan AMK?? Adam berucap lagi setelah hebat di pentas AMK PKR .. bakal meneruskan legasi di UPSI pula... TAHNIAH!!!! Inilah yang dimaksudkan dengan Bebaskan Mahasiswa Berpartisipasi Dalam Politik.

26 Disember 2011

Online Survey. Nak top-up free?


Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia.


Istilah-istilah Rasuah.

Sejauhmana rakan-rakan faham mengenai rasuah di Malaysia? Jom kita jawab soal selidik ini.

Penyertaan 5000 pertama akan menerima top-up bernilai RM10. Terbuka hanya untuk golongan belia sahaja ya, 21 hingga 40 tahun. Siapa cepat, dia dapat.

MU mengajak rakan-rakan bukan kerana nilai top-up berkenaan sebaliknya menyeru rakan-rakan untuk terlibat sama dalam kajian ini. Sekurang-kurangnya, bila kita jawab soal-selidik ini, kita pun akan dapat ukur sejauhmana kefahaman kita terhadap rasuah.

Tahukah rakan-rakan
1.    Sekiranya kita tahu akan kes rasuah tetapi merahsiakan kita juga boleh dikenakan hukuman baik untuk penjawat awam & orang awam -rujuk Seksyen 25. Hukuman berbeza mengikut kategori sama ada orang awam mahupun penjawat awam.
2.    Sebagai pemberi maklumat, identiti kita dirahsiakan. –rujuk Seksyen 65.

+++ Terkini, menurut laporan Corruption Perceptions Index (CPI) bagi tahun 2011, negara kita menduduki tangga ke 60 di dunia manakala tangga ke 11 di Asia Pasifik. 

Jom jawab survey !


 Selamat menjawab.



24 Disember 2011

Pindaan AUKU 1971: Jawab JANGAN tak jawab




Salam perpaduan & Salam 1 Malaysia.




AYUH MAHASISWA, SAMA-SAMA BAGI CADANGAN  BUKAN ‘BERMAIN’ DI JALANAN



==================== +++++++ ========================
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dijangka menyiapkan cadangan pindaan untuk diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi awal Februari depan.

Pengerusi jawatankuasa itu Profesor Nik Ahmad Nik Mahmod berkata, cadangan itu akan mengkaji dan mengambil kira maklum balas orang ramai berhubung kewajaran mahasiswa dibenar bergiat dalam politik kepartian.

Ia termasuk menganjurkan ceramah politik, merekrut pelajar sebagai anggota parti politik, mengedar risalah dan apa-apa aktiviti berkaitan parti politik, katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Maklum balas boleh disalurkan ke e-mel rasmi aukuwg@mohe.gov.my, akaun laman sosial http://www.facebook.com/aukuwg dan melalui soal selidik di laman web http://www.mohe.gov.com.my.

Seksyen 15 AUKU secara amnya melarang sebarang bentuk kegiatan politik kepartian di kalangan mahasiswa sama ada di dalam atau di luar kampus.

Pada November lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan seksyen itu akan dipinda bagi membolehkan pelajar yang berumur 21 tahun menyertai parti politik.

Berikutan itu, satu jawatankuasa diwujudkan bagi mengemukakan cadangan berkaitan pindaan seksyen tersebut yang dianggotai 10 ahli akademik pelbagai universiti dan dipengerusikan Profesor Nik Ahmad, yang merupakan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Nik Ahmad berkata, salah satu terma rujukan jawatankuasa itu ialah mendapatkan maklum balas pihak yang berkepentingan terutama warga kampus kolej dan universiti iaitu pelajar, tenaga akademik dan bukan akademik selain mengambil kira pandangan rakyat. Proses pertama maklum balas adalah melalui arahan bertulis Kementerian Pengajian Tinggi kepada semua Institusi Pengajian Tinggi bagi mendapatkan pandangan warga kampus mengenai pindaan yang perlu dilakukan, katanya.

Beliau berkata, peringkat kedua ialah soal selidik di laman web kementerian dan laman sosial http://www.facebook.com/aukuwg.

Peringkat ketiga pula melalui pendengaran awam di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, katanya. - BERNAMA


==================== +++++++ ========================

p/s: Siapa kata mahasiswa tidak diberi ruang? … Jawab jangan tak jawab. Suarakan pendapat sebagai mahasiswa. Hebahkan kepada seberapa ramai rakan-rakan. Bagi yang nak sangat pinda AUKU, jangan kata anda tidak diberikan ruang melainkan anda sendiri tidak mengambil peluang. Sila gunakan ruang yang diberikan ini sebaiknya.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?